Hajat Shahrizat untuk kembali sebagai Ketua Wanita UMNO sah sudah berkubur

PETALING JAYA – “Walaupun rezeki tak ada, tapi saya pasti ada hikmah dengan keputusan ini,” kata bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil.

Beliau yang tewas dalam merebut jawatan Ketua Wanita UMNO berasa bertuah apabila berpeluang bertanding pada pemilihan kali ini.

“Terima kasih yang istimewa saya ucapkan kepada pencinta tudung merah dan semua ibu terbaik bangsa. Wanita UMNO menjadi sumber inspirasi saya sekian lama.`

“Saya rasa bertuah diberi peluang untuk meraikan demokrasi dalam UMNO. Saya menikmati rasa seronok setiap minit masa saya bersama Wanita UMNO dan berhubung semula dengan mereka serta ahli parti yang lain,” katanya pada hantaran Instagram hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut menerima keputusan tersebut dengan hati terbuka selain mengucapkan tahniah kepada Datuk Noraini Ahmad yang berjaya mempertahankan jawatan tersebut.

“Saya ingin mengucapkan setinggi tahniah di atas kemenangan beliau dan mengekalkan jawatan selaku Ketua Wanita UMNO. Saya menerima keputusan ini dengan hati terbuka dengan harapan beliau akan selepas ini membawa Wanita UMNO ke satu tahap yang lebih cemerlang.

“Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada Datuk Norliza Rahim yang telah berjaya mengekalkan jawatan beliau selaku Naib Ketua Wanita UMNO dan juga kepada barisan Exco Wanita UMNO,” katanya.

Terdahulu, Noraini yang juga Ahli Parlimen Parit Sulong memperoleh 106 undi daripada 189 bahagian, manakala Shahrizat memperoleh 70 undi sekali gus cubaan beliau untuk kembali menerajui Ketua Wanita UMNO tidak kesampaian.

Shahrizat sebelum ini bersara daripada politik pada 2018 iaitu selepas 11 tahun memimpin sayap wanita parti tersebut.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Perompak dan peraba kemaluan gadis penjual ketum diburu Polis [VIDEO]

Lelaki beri anjing makan roti sapu mentega cuit hati orang ramai [VIDEO]

Pengarah Mentega Terbang menghadap Bukit Aman

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker