Hati seorang ibu luluh, temui anak lelaki berusia 3 tahun dibunuh di Lahad Datu

PETALING JAYA: Seorang ibu menemui mayat anak lelakinya berusia tiga tahun dipercayai dibunuh, dalam kejadian di Kampung Panji, Lahad Datu, semalam.

Mangsa ditemukan dalam keadaan kepalanya tersepit pada pokok dan terdapat kesan torehan pada tangan serta kaki, selain diikat menggunakan tali.

Timbalan Ketua Polis Lahad Datu Azmir Abdul Razak, berkata bertindak atas maklumat daripada orang awam, seorang lelaki warga asing berusia 30-an berjaya ditahan.



“Lelaki itu adalah individu terakhir yang dilihat bersama dengan mangsa dan tangkapan mendapati suspek positif menggunakan dadah serta dipercayai kurang siuman.

“Turut ditahan kedua ibu bapa mangsa masing-masing berusia 20-an dan 30-an,” katanya menurut Sinar Harian.

Mengulas lanjut, Azmir berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung penemuan mayat mangsa daripada talian kecemasan 999.

“Menurut ibu mangsa, anaknya keluar bermain, namun tidak pulang ke rumah dan kali terakhir dilihat pada 12 tengah hari, Sabtu.



“Ibu mangsa berusaha mencari di sekitar kampung dan hanya menemui anaknya pada 3 petang dalam keadaan mengalami kecederaan luka bahagian kepala, kedua belah tangan dan kaki kiri, manakala tangan sebelah kanan diikat menggunakan tali,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati jika disabit kesalahan.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Perompak dan peraba kemaluan gadis penjual ketum diburu Polis [VIDEO]



Lelaki beri anjing makan roti sapu mentega cuit hati orang ramai [VIDEO]

Pengarah Mentega Terbang menghadap Bukit Aman



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker