Mereka nak jatuhkan saya – Vida

Mereka nak jatuhkan saya – Vida

Usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida atau Vida, 52, enggan mengulas lanjut mengenai isu tuntutan sebanyak RM59 juta oleh 41 orang pelabur pelaburan mata wang kripto terhadapnya.

Vida ketika ditemui berkata, dia hanya mengetahui perkara itu semalam.



Katanya, dia sendiri terkejut dan akan serahkan kepada peguamnnya untuk tindakan susulan.

“Saya sendiri tidak tahu secara terperinci apa tuntutan mereka. Saya baru saja tahu mengenainya daripada beberapa pihak. Lebih baik berurusan dengan peguam saya. Biarlah pihak peguam akan menjawab.

“Saya tidak boleh komen lanjut sebab perkara itu membabitkan undang-undang. Biarlah saya bincang dengan peguam dahulu,” katanya ketika ditemui di majlis pelancaran lagu baharu anaknya Cik B, hari ini.

Vida juga tidak menolak tuntutan yang dilakukan itu adalah disengajakan bertujuan mencalar reputasi dan perniagaannya. Apapun, dia secara peribadi tidak terkesan dengan apa yang berlaku.



“Saya dah lama dalam industri perniagaan dan media sosial. Saya tahu ramai yang tak suka saya. Saya tahu saya banyak musuh. Jadi tak mustahil ada orang yang cuba nak jatuhkan saya. Mungkin mereka sakit hati atau cemburu.

“Memanglah terkejut dengan berita itu tapi saya tak terkesan pun. Saya masih bertahan dalam perniagaan,” katanya.

Vida juga terbuka dan sedia bersemuka dengan pihak yang cuba menarik namanya dalam kes itu bagi mengadakan perbincangan.

“Mereka tidak ada menghubungi saya pun. Boleh sahaja cari saya di media sosial. Saya pun sentiasa ada di Malaysia,” katanya.



Terdahulu, satu sidang media diadakan menuntut Vida untuk membayar wang pelaburan kepada 41 individu yang pernah membuat pelaburan dalam Lavida Coin (DSV Crypto Club, LUX Galaxies and VI Profit Galaxy), hari ini.

Mereka membuat tuntutan itu selepas mendakwa wang pelaburan serta keuntungan yang dijanjikan tidak dipulangkan kepada mereka sejak 2018.

Peguam yang mewakili kesemua plaintif iaitu Mohammad Izwan Azmi dari Tetuan Izwan Mazniza Kamil & Associates berkata, writ saman dan pernyataan tuntutan diserahkan kepada Vida selaku defendan pertama pada 15 Disember 2022 di Empire Beauty DSV, Angsana Mall, Ipoh, Perak. HM

Mereka nak jatuhkan saya – Vida



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Perompak dan peraba kemaluan gadis penjual ketum diburu Polis [VIDEO]



Lelaki beri anjing makan roti sapu mentega cuit hati orang ramai [VIDEO]

Pengarah Mentega Terbang menghadap Bukit Aman



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker