Menjatuhkan kerajaan perkara biasa – Shahidan

Menjatuhkan kerajaan perkara biasa – Shahidan

Pemimpin Perikatan Nasional (PN) menegaskan gabungan itu sebagai pembangkang sememangnya mempunyai niat dan angan-angan untuk kembali menjadi kerajaan.

Malah Ahli Parlimen Arau, Shahidan Kassim berkata usaha jatuh-menjatuhkan kerajaan adalah perkara biasa dan gabungan berkenaan juga yakin dapat menjadi kerajaan yang baik berbanding kerajaan sekarang.

“Kami (PN) ada niat untuk menjadi kerajaan dan mampu jadi kerajaan yang baik. Angan-angan saya kalau jadi kerajaan akan buat yang lagi baik.

“Salah ke kita cakap macam tu? Kita ada niat dan cita-cita untuk tukar kerajaan mungkin ia akan menjadi nyata pada masa akan datang atau bila-bila,” katanya selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Kota Bharu Kali ke-56 di Kota Bharu, Kelantan hari ini.

Hadir sama, Ahli Parlimen Kota Bharu merangkap Yang Di-pertua PAS Kawasan Kota Bharu, Takiyuddin Hassan.

Shahidan berkata demikian ketika ditanya mengenai tindakan pihak lawan yang tidak berpuas hati susulan kenyataan Presiden PAS Abdul Hadi Awang sebelum ini yang menjangkakan kerajaan pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim akan tumbang, yang seterusnya menjadi siasatan polis.

Anwar dalam jawapan balasnya dilihat tidak mengambil berat mengenai perkara dan mahu membiarkan Abdul Hadi terus ‘mengigau’.

Terdahulu pihak polis menerima laporan terhadap ahli Parlimen Marang itu yang dibuat Pemuda Amanah dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

Sementara itu Shahidan berkata, parti-parti kerajaan juga mempunyai cita-cita untuk mendapatkan Kelantan, Kedah dan Perlis pada pilihan raya negeri (PRN) yang akan datang dan jatuh-menjatuhkan untuk jadi kerajaan adalah perkara biasa.

“Jatuh-menjatuh untuk nak jadi kerajaan itu perkara biasa, pasal bulan lima (Mei) itu orang buat di Parlimen (tunjuk lima jari), orang buat tafsiran. Apa yang siasat-siasat?

“Saya minta kerajaan siasat kenapa harga barang naik kerana rakyat sekarang tengah susah. Negara kita sudah cukup aman dan tidak ada gerakan atau rancangan untuk jatuhkan kerajaan, namun saya ada cita-cita untuk jadi kerajaan,” katanya. Mk

Menjatuhkan kerajaan perkara biasa – Shahidan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Perompak dan peraba kemaluan gadis penjual ketum diburu Polis [VIDEO]

Lelaki beri anjing makan roti sapu mentega cuit hati orang ramai [VIDEO]

Pengarah Mentega Terbang menghadap Bukit Aman

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker