Spekulasi dipanggil SPRM, Hamzah mula ‘goyang’?

 

Hamzah Zainuddin menegaskan tiada sebab beliau dipanggil untuk siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Beliau juga meminta supaya menghentikan sebarang spekulasi mengenai hal tersebut.

“Apa sebab saya nak dipanggil SPRM. Jadi soalan itu tak timbul.

“Jangan buat spekulasi bukan-bukan. Kita sekarang ini menghadapi satu ujian dan cabaran yang begitu hebat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media sempena Persidangan Agung Tahunan Srikandi Bersatu Malaysia 2022 di Menara PGRM di sini pada Jumaat.

Hamzah juga memaklumkan pendakwaan terhadap Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi semangat kepada semua ahli dan perwakilan untuk bergerak ke hadapan.

“Kali ini kita lebih bersemangat bukan hanya tunjukkan solidariti tetapi mahu tentang kezaliman dalam negara kita.

“Jadi kalau pun sesiapa yang kena (didakwa), kita akan terus bersama untuk menentukan bahawa parti ini adalah satu parti yang tetap memperjuangkan kebenaran,” ujarnya.

Sebelum ini, Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man mendakwa, tuduhan terhadap Muhyiddin bersifat kepada pertuduhan terpilih bagi melindungi dan memihak satu isu yang besar berlaku dalam parti komponen Pakatan Harapan (PH).

Pada Jumaat, Muhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat atas enam pertuduhan salah guna kuasa untuk rasuah berjumlah RM232.5 juta dan pengubahan wang haram sebanyak RM195 juta, antara tahun 2020 hingga 2022 lalu.

Bekas Perdana Menteri itu menjadi pemimpin Bersatu ketiga didakwa di mahkamah atas tuduhan jenayah, selepas bekas Ketua Penerangannya, Datuk Wan Saiful Wan Jan dan Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Segambut, Adam Radlan Adam Muhammad.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Perompak dan peraba kemaluan gadis penjual ketum diburu Polis [VIDEO]

Lelaki beri anjing makan roti sapu mentega cuit hati orang ramai [VIDEO]

Pengarah Mentega Terbang menghadap Bukit Aman

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker