RUU penjarakan golongan LGBT 10 tahun bakal dibentang

Parlimen bersedia mempertimbangkan draf undang-undang yang akan mendakwa individu dikenal pasti sebagai lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) dengan mereka boleh dikenakan hukuman penjara 10 tahun, lapor Badan Penyiaran Britain (BBC) semalam.

Berdasarkan rang undang-undang (RUU) tersebut, tuan tanah yang menyewakan premis kepada golongan LGBT juga akan dijatuhi hukuman penjara.

Seorang ahli politik Uganda, Annet Anita Among kemudian menggunakan perkataan bersifat homofobia selepas RUU itu dibentangkan.
Ia menjadi petanda baharu mengenai peningkatan homofobia di Uganda di mana perbuatan homoseksual sudah dianggap menyalahi undang-undang.



Kumpulan Human Rights Watch (HRW) berkata, pihaknya percaya jika RUU itu diluluskan, Uganda akan menjadi satu-satunya negara Afrika yang menghukum individu dikenal pasti sebagai LGBT.

RUU itu juga akan mengharamkan pembiayaan atau promosi berkaitan aktiviti LGBT.

Sesiapa yang terlibat dalam hubungan seks sejenis atau perkahwinan songsang akan dipenjara 10 tahun. Individu yang melakukan hubungan sejenis dengan golongan di bawah umur juga berisiko menjalani hukuman serupa.

RUU itu dibentangkan oleh ahli Parlimen pembangkang, Asuman Basalirwa dan tidak jelas sama ada Presiden Uganda, Yoweri Museveni dan parti yang diwakili beliau, Gerakan Penentangan Nasional (NRM) akan menyokong cadangan tersebut.



Bagaimanapun, Museveni baru-baru ini telah bersuara menentang homoseksual, manakala Anita Among yang menghina dan menyatakan pandangan negatif mengenai LGBT juga merupakan ahli NRM.

Ads by Kiosked
Hukuman penjara seumur hidup bagi kesalahan melakukan hubungan sejenis sudah wujud dalam kanun keseksaan Uganda. Tidak jelas sama ada perundangan baharu itu akan mengatasi perkara tersebut.

Hubungan sejenis diharamkan di kira-kira 30 negara Afrika di mana ramai orang menjunjung nilai agama dan sosial walaupun mereka dianggap konservatif. – Agensi

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Perompak dan peraba kemaluan gadis penjual ketum diburu Polis [VIDEO]



Lelaki beri anjing makan roti sapu mentega cuit hati orang ramai [VIDEO]

Pengarah Mentega Terbang menghadap Bukit Aman



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker