Ketua Menteri P. Pinang bidas Rayer, pertahan perlantikkan Kuvenaraju

PETALING JAYA: Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow mempertahankan pelantikan P Kuvenaraju sebagai pengarah bukan eksekutif syarikat air negeri, selepas ia dibangkitkan oleh seorang Ahli Parlimen.

Semalam, Ahli Parlimen Jelutong RSN Rayer menerusi satu kenyataan mempersoalkan peranan Kuvenaraju di Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP), sewaktu gangguan bekalan air sejak beberapa minggu lalu.

Chow menjelaskan Kuvenaraju berperanan meningkatkan tadbir urus terhadap polisi dan tatacara operasi, kecukupan tatacara operasi standard dan kepatuhan, selain perkukuh struktur kawalan dalaman dengan memastikan sistem semak dan imbang dimasukkan dalam pentadbiran.

Beliau juga perlu membuat seliaan membabitkan seksyen-seksyen seperti pengurusan kontrak, hak berkaitan perundangan, perolehan dan logistik, dokumentasi dan rekod, bakat, pampasan dan faedah, serta hal berkaitan disiplin.

Ini di samping mengenal pasti calon yang sesuai untuk mengisi kekosongan jawatan bagi pengurusan tertinggi, serta mengkaji semula proses menapis calon-calon bagi peranan kepimpinan dan proses bimbingan dan perkembangan bakal pengganti.

Chow berkata Kuvenaraju dilantik pada 2019 untuk “menjalankan fungsi khas seperti mana yang diputuskan oleh lembaga pengarah”.

“Beliau bukan bekerja secara sepenuh masa kerana bukannya pekerja yang dilantik menerusi ‘contract of service’ yang perlu mematuhi waktu bekerja serta syarat-syarat perkhidmatan sebagaimana kakitangan syarikat lain.

“Lazimya, beliau menjalankan tugas-tugas khas yang diberikan oleh lembaga pengarah,” kata Chow.

Demikian itu, Kuvenaraju tidak dibayar gaji bulanan sebalik menerima bayaran fungsi khas RM47,600 sebulan, elaun pengarah bukan eksekutif RM1,000, dan elaun untuk setiap mesyuarat yang dihadiri RM300.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Adegan ‘aiskrim’ Amir Ahnaf kecoh di TikTok, tuan badan akhirnya mohon maaf

Suami isteri merupakan guru dan doktor ditemui mati di kondominium

Suami tak sedar diri ambil harta saya beri perempuan lain – Hajar (Video)

Pak belang muncul di Jalan Kuala Balah-Dabong

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker