Ubai beli motosikal guna duit Shila Amzah?

Ubai beli motosikal guna duit Shila Amzah?

Suami penyanyi Shila Amzah, Ubai MZ mencuri perhatian selepas video memaparkan mereka berkunjung ke sebuah kedai menjual motosikal yang dimuat naik di TikTok, baru-baru ini, mengundang spekulasi netizen.

Melalui klip video itu, Ubai yang juga pempengaruh media sosial dan Shila dilihat berkunjung ke sebuah kedai menjual motosikal bagi membeli kenderaan dua roda itu.

Antara lain, melalui klip video itu, Ubai dirakam menyebut:

“Hai, Assalamualaikum. Tadi saya solat Jumaat. Saya cakaplah kalau ada motorsikal ‘best’, boleh solat Jumaat (tunggang motosikal ke masjid).

“Selepas itu, orang belakang (merujuk kepada Shila) cakap, cari motorsikal.”

Melihat perkongsian itu, netizen kurang senang sehingga ada yang mendakwa Sheila mengeluarkan wang membeli motosikal untuk suaminya.

Tidak berdiam diri dengan tuduhan dilemparkan, Ubai atau nama penuh, Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli tampil menjelaskan motosikal itu dibeli dengan wang sendiri.

“Saya beli motosikal ini guna duit sendiri… Harap maklum,” katanya.

Tidak cukup itu, Shila memberi kenyataan balas selepas ada peminat menuduh Ubai menggunakan wang isteri untuk membeli motosikal terbabit.

“Masalahnya, ‘benda’ (motosikal) dia, duit Ubai… Kenapa orang selalu anggap semua guna duit saya?

“Oh lupa, duit suami, memang duit isteri. Kalau itu maksud kalian, Sha terima dengan hati dan tangan terbuka,” balasnya.

Pada masa sama, segelintir pengikut Ubai mempertahankan dirinya yang didakwa mampu membeli memiliki motosikal jenama Honda Vario 160 Limited Edition kerana memiliki pendapatan sendiri.

Ubai dan Shila melangsungkan perkahwinan pada 5 Ogos lalu.

Sebelum ini, Shila pernah mendirikan rumah tangga dengan Haris Idraki Elias pada April 2018. Namun, ikatan perkahwinan mereka tidak berpanjangan apabila bercerai pada Februari 2022.

Hasil perkahwinan itu, Shila dikurniakan anak lelaki, Seth Uwais yang berusia empat tahun. BH

Ubai beli motosikal guna duit Shila Amzah?

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sajat sekolahkan Abang Tesla, terkedu dibuatnya

Isteri kedua Abang Tesla kena ‘sound’ dengan Noorkhiriah

10 tahun tunggu zuriat, isteri meninggal 3 bulan selepas bersalin [VIDEO]

Fasha Sandha galak bergoyang lepas ramping?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker