Azizulhasni mampu raih emas Olimpik 2024

KUALA LUMPUR: Penantian pingat emas negara pada Sukan Olimpik yang diidamkan kontinjen Malaysia diyakini bakal berakhir di temasya Paris 2024 menerusi jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang.

Keyakinan itu dilontarkan bekas Timbalan Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Naim Mohamad berdasarkan beberapa faktor termasuk kesungguhan dan tahap disiplin tinggi dipamerkan jaguh berusia 35 tahun itu.

Katanya, tidak mustahil untuk Azizulhasni melakar kemenangan dalam acara kegemarannya iaitu keirin di Paris selepas sejarah membuktikan, legenda Great Britain, Chris Hoy pernah melakukannya pada Olimpik London 2021 meskipun ketika itu berusia 36 tahun.



“Saya mempunyai harapan tinggi Datuk Azizulhasni untuk mencatat sejarah dan memenangi pingat emas bagi acara berbasikal keirin di Olimpik sebelum bersara.

“Selepas menjalani pembedahan dengan jayanya, sekarang ini beliau sudah kembali bergiat cergas. Saya yakin dan percaya, InsyaAllah pingat emas pertama di Olimpik (daripada Azizuhasni).

“Kalau kita lihat, Chris Hoy menang beberapa pingat emas termasuk di peringkat Olimpik walaupun dalam peringkat umur 36 tahun. Jadi ia tak mustahil berdasatkan kegigihan dan disiplin beliau.

“Kita bersyukur serta berbangga kerana mempunyai bakat yang sungguh disiplin dan beliau memang ada semangat untuk menang.



“Beliau berlatih dengan bersungguh-sungguh, mengorbankan masa untuk mencapai matlamat ini,” kata Naim selepas pelancaran pelan laluan kayuhan berbasikal OCBC Cycle Kuala Lumpur 2023, di sini, hari ini.

Azizulhasni Awang adalah prospek utama negara untuk meraih emas pertama negara di Paris 2024 selepas kecundang di tangan pelumba Great Britain, Jason Kenny di Olimpik Tokyo 2020.

Pada ketika itu, Azizulhasni menamatkan kempen dengan meraih perak selepas meraih gangsa di Rio 2016.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pulanglah ke pangkal jalan Sol – Ibu



Sudah terlambat Sol – Puteri Sarah

Syamsul Saja Nak ‘Torture’ Mental Puteri Sarah?



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker