Shahrizat sepatutnya jadi penasihat kepimpinan Noraini – Norshida

Shahrizat sepatutnya jadi penasihat kepimpinan Noraini – Norshida

Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil masih boleh membantu Wanita UMNO tanpa perlu kembali mengemudi sayap parti itu.

Demikian pendapat Ketua Penerangan Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Norshida Ibrahim.

Katanya, Shahrizat boleh menjadi penasihat yang menyokong kepimpinan Datuk Noraini Ahmad sekiranya Ahli Parlimen Parit Sulong itu memenangi sayap kepimpinan parti pada pemilihan kali ini.

“Shahrizat adalah pemimpin yang kita perlu kita kenang jasa tetapi sekarang bukan masa untuk beliau pimpin kami. Sekarang masanya pandang ke hadapan, Tan Sri Shahrizat sepatutnya menjadi penasihat atau suara Wanita UMNO dalam membantu Noraini perhebatkan sayap parti ini.

“Siapa sahaja tidak boleh nafikan kewibawaan Shahrizat saya tidak nafikan. Cuma sekarang ini bagi Noraini memimpin Wanita UMNO, lihat misi dan visi beliau,” katanya kepada MalaysiaGazette hari ini.

Baru-baru ini dilaporkan Ketua Wanita UMNO Bahagian Kinabatangan, Aminah Johan mendakwa sayap parti berkenaan dilihat kini tiada hala tuju justeru beliau berandaian Shahrizat wajar kembali menjadi nakhoda.

Mengulas lanjut Norshida berkata, jasa dan kepimpinan Noraini yang unik wajar menjadi inspirai dan didokong oleh akar umbi.

Apatah lagi, tambah beliau, kepimpinan Noraini terbukti apabila mengetuai sayap parti tersebut dengan penuh cabaran sejak parti itu menjadi pembangkang sehingga kembali menjadi sebahagian daripada kerajaan hari ini.

“Bila yang bercakap tidak menyebelahi Noraini memang akan ada pelbagai komen terhadapnya. Orang tu akan melihat kelemahan Noraini, kalau kita tgok sekarang kepimpinan Noraini bukan ketika Barisan Nasional (BN) menang.

“Jadi sudah tentu banyak cabaran dia kena hadapi kita lihat namun saya lihat pasukan Noraini adalah yang bekerja keras,” ujarnya.

Norshida berkata, pemilihan parti sepatutnya tidak dijadikan ruang untuk menyerang kepimpinan ketua masing-masing sebaliknya menggunakan peluang itu untuk menyemarakkan demokrasi secara sihat.

Katanya lagi, serangan seolah-olah menggambarkan Noraini tidak mempunyai keupayaan memimpin Wanita UMNO sepatutnya tidak menjadi ‘peluru’ kepada ahli yang mahu menyokong pihak tertentu.

“Kita nak masing-masing mempunyai kekuatan dan kelebihan dan tonjolkan perkara itu pada waktu pemilihan, bukannya nak cari kelemahan, perkara sebegini tidak betul,” tambahnya. MG

Shahrizat sepatutnya jadi penasihat kepimpinan Noraini – Norshida

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Musa Hassan beri amaran jangan masuk campur urusan keluarga [VIDEO]

Logo rahsia beruang pada coklat Toblerone

Didakwa gigit ‘kemaluan wanita’, anak billionair dipanggil polis

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker