Pesakit mental sukar sembuh sepenuhnya kerana jumpa bomoh

Pesakit mental sukar sembuh sepenuhnya kerana jumpa bomoh

KOTA BHARU: Kepercayaan kepada perubatan tradisional terutama bomoh menyebabkan pesakit berkaitan kesihatan mental seperti skizofrenia, bipolar dan kemurungan tidak mendapat rawatan awal di hospital.

Ketua Jabatan Psikiatri Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Dr Fariza Yahya berkata, akibat mendapat rawatan lambat menyebabkan pesakit tidak dapat sembuh sepenuhnya dan hanya pulih sekitar 70 hingga 80 peratus sahaja.



Katanya, kebanyakan pesakit berkenaan hanya datang menerima rawatan di hospital selepas mereka mengalami masalah itu selama dua tahun ke atas.

“Perkara ini menyebabkan ramai pesakit tidak dapat sembuh 100 peratus berikutan keadaan tahap pemikiran mereka merosot.

“Pesakit yang kita jumpa, keluarga memaklumkan mereka mendapatkan rawatan bomoh terlebih dahulu, namun selepas melihat keadaan pesakit semakin serius, mereka datang ke hospital.

“Keadaan ini menyebabkan mereka hanya boleh sembuh sekitar 70 hingga 80 peratus, sebaliknya jika datang awal, mereka boleh sembuh 100 peratus,” katanya.



Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Projek Pusat Kesihatan Mental Masyarakat (MENTARI) di Klinik Kesihatan Ketereh di sini, hari ini.

Hadir sama, Ketua Cawangan Return to Work Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), Rosmawati Mat dan Pengarah PERKESO Kelantan, Nora Yaacob.

Dr Fariza turut menasihatkan kepada ahli keluarga supaya membawa individu yang mempunyai gejala sakit mental ke hospital untuk mendapatkan rawatan awal.

Beliau berkata, rawatan awal dapat memastikan pesakit sembuh dan dapat menjalani kehidupan normal termasuk boleh bekerja, namun mereka perlu mengambil ubat seperti yang disarankan oleh doktor.



“Bagi program MENTARI, pesakit yang dalam pemulihan akan diberi kemahiran dalam bidang mereka minat seperti berniaga, membuat ais krim, burger dan juga bekerja dengan majikan. Pada Mac tahun ini, seramai 12 pesakit yang sedia untuk bekerja di pasaran terbuka.

“Pada masa yang sama, lebih 2,000 kes baharu setahun membabitkan pesakit mental termasuk dari segi kelakuan yang berdaftar untuk mendapatkan rawatan di Jabatan Psikiatri HRPZ II.

“Dalam sebulan kita terima antara 200 hingga 300 kes baharu termasuk individu yang berusia belasan tahun dan paling muda adalah 13 tahun. Kebanyakan remaja yang mempunyai masalah mental ini adalah daripada keluarga yang berpecah belah iaitu ibu bapa bercerai,” katanya. BH

Pesakit mental sukar sembuh sepenuhnya kerana jumpa bomoh



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Musa Hassan beri amaran jangan masuk campur urusan keluarga [VIDEO]



Logo rahsia beruang pada coklat Toblerone

Didakwa gigit ‘kemaluan wanita’, anak billionair dipanggil polis



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker