Hadi langgar titah ceramah di masjid, PH Terengganu buat laporan polis

Pengerusi PH Terengganu Raja Kamarul Bahrin Shah berkata sebagai pemimpin kanan parti dan bekas menteri besar Abdul Hadi Awang tidak wajar mengeluarkan kenyataan angkuh.

Hadi langgar titah ceramah di masjid, PH Terengganu buat laporan polis

Pakatan Harapan (PH) meminta pihak berkuasa menyiasat Presiden PAS Abdul Hadi Awang kerana melanggar titah Sultan Terengganu yang melarang kuliah atau ceramah agama di masjid dan surau negeri itu.

Pengerusi PH Terengganu, Raja Kamarul Bahrin Shah, berkata sebagai pemimpin kanan parti dan bekas menteri besar, Hadi tidak wajar mengeluarkan kenyataan angkuh sebegitu, malah membuat kenyataan terbuka akan terus berceramah seperti biasa.



“Sebagai rakyat Terengganu, kami amat kesal dengan kenyataan dikeluarkan Presiden PAS Abdul Hadi Awang yang menyanggah titah Sultan Terengganu berhubung larangan orang politik untuk berceramah atau berkuliah politik di masjid dan surau.

“Arahan ini dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) pada 2 Mac lalu,” katanya dalam kenyataan selepas membuat laporan polis di Kuala Terengganu.

“Kami memohon pihak berkuasa menjalankan siasatan dan apa jua tindakan sewajarnya.”

Sabtu lalu, Hadi menegaskan bukan menjadi satu kesalahan untuk ahli politik memberikan kuliah atau ceramah agama di seluruh masjid serta surau.



Sebaliknya, menurut timbalan pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu, menjadi kewajipan untuk pemimpin bercakap mengenai politik Islam.

Kenyataan Hadi sebagai respons kepada Yang Dipertua Maidam, Shaikh Harun Shaikh Ismail yang mengeluarkan larangan ahli politik berceramah di masjid atau surau.

Dalam kenyataan Jumaat lalu, Shaikh Harun berkata ia bertujuan supaya semua tempat ibadat umat Islam di negeri itu tidak disalahgunakan untuk politik kepartian.

“Saya akan teruskan ceramah seperti biasa di surau-surau dan masjid-masjid,” katanya Hadi membalas kenyataan larangan itu. FMT



Hadi langgar titah ceramah di masjid, PH Terengganu buat laporan polis

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Musa Hassan beri amaran jangan masuk campur urusan keluarga [VIDEO]



Logo rahsia beruang pada coklat Toblerone

Didakwa gigit ‘kemaluan wanita’, anak billionair dipanggil polis



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker