Zarol Zarif cipta kontroversi nak lariskan lagu?

Zarol Zarif cipta kontroversi nak lariskan lagu?

Bekas peserta Akademi Fantasia (AF) 2016, Zarol Zarif menafikan salah faham kontroversi yang timbul antara dirinya dengan komposer, Cat Farish adalah strategi untuk melariskan single terbarunya berjudul Kan Kan.

Menurut Zarol, 29, perkara itu bukanlah dirancang atau bertujuan untuk meraih publisiti murahan, sebaliknya berpunca daripada salah faham.

Malah, dia juga turut mengambil ikhtibar daripada apa yang berlaku agar tidak berulang lagi pada masa akan datang.

“Mungkin ada pihak yang menganggap kontroversi yang timbul sekadar gimik untuk mempromosikan single terbaharu saya. Namun, ada kisah sebenar di sebalik salah faham pada hari berkenaan.

“Saya sekadar ingin berjenaka pada hari itu untuk merakamkan single berjudul Kan Kan yang dihasilkan oleh Cat Farish. Namun, pada hari itu dia berdepan dengan banyak isu dan tidak sesuai untuk bergurau.

“Jadi saya seharusnya bersikap lebih sensitif dan memandang serius kerja. Dalam masa sama, saya perlu menghormati masa orang lain kerana tidak tahu masalah yang mereka hadapi pada hari itu,” katanya kepada Harian Metro. HM

Zarol Zarif cipta kontroversi nak lariskan lagu?


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Buli jalan raya rampas beg tangan (Video)

Satu Malaysia kena ‘game’ dengan Tauke

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker