Saifuddin sahkan Umno diberi pengecualian usul tak pertanding ‘top 2’
Saifuddin sahkan Umno diberi pengecualian usul tak pertanding ‘top 2’
Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan Umno diberi pengecualian di bawah Akta Pertubuhan 1966 berhubung keputusan usul tambahan dalam Perhimpunan Agung Umno 2022 (PAU 2022) supaya jawatan ‘top 2’ Umno tidak dipertandingkan dalam pemilihan parti itu.
“Kementerian telah meneliti ketetapan dibuat oleh Perhimpunan Agung Umno 2022 daripada Setiausaha Agung Umno (Ahmad Maslan) pada 3 Mac.
“Merujuk kepada Perlembagaan dan Peraturan-Peraturan Persidangan Umno, Kementerian berdasarkan Seksyen 70, Akta Pertubuhan 1966 (Akta 832) telah memutuskan untuk memberi pengecualian daripada pematuhan Seksyen 13 (1) (c) (14) Akta 832 kepada Umno berhubung keputusan usul tambahan yang diluluskan dalam PAU 2022 berkaitan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan pada pemilihan parti akan datang,” katanya dalam satu kenyataan.
Di bawah Seksyen 70, menteri diberi kuasa untuk mengecualikan mana-mana pertubuhan berdaftar daripada semua atau mana-mana peruntukan akta.
Pada 4 Mac, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) meluluskan usul tambahan berkenaan, dan telah menerima surat daripada menteri KDN mengenai keputusan agensi itu pada hari sebelumnya.
Zahid yang juga timbalan perdana menteri berkata, surat daripada KDN itu adalah satu keabsahan bahawa jawatan presiden dan timbalan presiden Umno disahkan tidak dipertandingkan. FMT
Saifuddin sahkan Umno diberi pengecualian usul tak pertanding ‘top 2’
Baca Artikel Menarik:
- Janna Nick, Nazim Othman bercinta
- Zabidi lawan Mentega Terbang
- Lans koperal tembak isteri direman 7 hari
- Keane gesa pemain Man United menyorok dalam gua
- Amaran Hadi permulaan langkah jatuhkan kerajaan
- 2 warga emas cabul budak perempuan ditahan polis
- Keputusan JPPM tamparan hebat golongan mahu jatuhkan Zahid, Tok Mat
- Sabitan bekas kakitangan Goldman bukti penyelesaian 1MDB diragui – Johari
- Warga emas tabah pakai maskot cari rezeki
- Cikgu wanita buat ‘projek’ dengan skandal dicekup suami
- Penuntut PhD ditemui maut selepas hilang selama 6 hari
- Mentega Terbang: Kenapa tak ambil tindakan tahun lepas, soal Fahmi
- Gerai pacak disita PBT, penjaja mengamuk naik hantu [VIDEO]
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Tetamu tidak hadir majlis perkahwinan, Pengantin rugi RM121,000