Keputusan JPPM ‘tamparan’ buat kem anti-Zahid

Keputusan JPPM ‘tamparan’ buat kem anti-Zahid

Keputusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) bahawa Umno tidak melakukan sebarang kesalahan berhubung usul tiada pertandingan ‘top 2’, menjadikan presiden Ahmad Zahid Hamidi lebih berani menamakan calon dalam kalangan sekutunya menjelang pilihan raya negeri, ramal penganalisis.

Bercakap kepada FMT, Azmi Hassan dari Akademi Nusantara dan Awang Azman Pawi dari Universiti Malaya, menyifatkan keputusan JPPM itu sebagai satu tamparan kepada kem anti-Zahid dalam Umno.

“Kini, Zahid mempunyai kuasa memilih calonnya bagi pilihan raya negeri, bukan sahaja mereka yang boleh menang, malah yang bersekutu dengannya,” kata Azmi.

Awang Azman berkata: “Anti-Zahid atau kumpulan pro Perikatan Nasional tidak akan terpilih bertanding pada pilihan raya negeri kerana mereka dianggap ancaman kepada parti dan juga kerajaan perpaduan.”

Sabtu lalu, Zahid mendedahkan JPPM menulis surat kepada Umno memutuskan Umno tidak melakukan sebarang kesalahan dengan meluluskan usul tambahan pada Perhimpunan Agung Umno 2022 supaya jawatan presiden dan timbalan presiden tidak dipertandingkan, termasuk tidak melanggar sebarang peraturan atau bercanggah mana-mana perlembagaan parti.

Bulan lalu, dua ahli Umno melaporkan kepada JPPM mendakwa usul dikemukakan pada perhimpunan agung itu melanggar Perkara 10 perlembagaan parti.

Azmi berkata, mereka yang dipecat Umno atau ahli menentang dua jawatan tertinggi tidak dipertandingkan pada pemilihan parti sudah hilang peluang mengubah status quo parti.

“Contohnya, keputusan Naib Presiden Umno Ismail Sabri Yaakob tidak mempertahan kedudukannya adalah kerugian besar bagi kem anti-Zahid dan mereka yang tidak berpuas hati dengan usul tiada pertandingan,” katanya.

Awang Azman berkata, ahli Umno dipecat kini hanya boleh berharap sekutu mereka dalam parti akan menang menentang orang yang bersekutu dengan Zahid, justeru boleh memberi tekanan terhadap kepimpinannya.

Pemilihan Umno akan berlangsung pada 11 Mac dengan jawatan kepimpinan dalam Wanita, Pemuda dan Puteri dipertandingkan, manakala jawatan ketua bahagian, naib presiden dan Ahli Majlis Kerja Tertinggi akan dipilih, pada 18 Mac. FMT

Keputusan JPPM ‘tamparan’ buat kem anti-Zahid

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ceramah Ustaz Wadi Annuar pula dibatalkan di Selangor

Rasa Macam Nak Bagi Penampar, Awie Naik Angin

Tetamu tidak hadir majlis perkahwinan, Pengantin rugi RM121,000

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker