Umum beras Malaysia Madani, Syed Hussin dibidas ambil tugas menteri

PETALING JAYA: Dua wakil rakyat Pakatan Harapan (PH) menegur Ahli Parlimen Bukit Gantang Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal mengumumkan secara “tergesa-gesa’ pengenalan beras putih Malaysia Madani yang belum diputuskan kerajaan.

Aminolhuda Hassan (Sri Gading) dan Hassan Karim (Pasir Gudang) mempersoalkan bagaimana Syed Hussin yang bukan anggota Jemaah Menteri, hanya mengetuai jawatankuasa menangani harga makanan dan kos sara hidup “mendahului” kerajaan mengumumkan dasar penting itu.

Awal hari ini, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Mohamad Sabu menjelaskan pengenalan satu gred beras putih dikenali Beras Madani diumum Syed Hussin, Rabu lalu sebagai satu kekeliruan dan belum diputuskan kerajaan.



Bercakap kepada FMT, Aminolhuda daripada Amanah berkata keputusan besar seperti beras yang menjadi makanan utama rakyat perlu mendapat kelulusan Jemaah Menteri kerana jika tidak dilakukan dengan cermat boleh menimbulkan kemarahan ramai.

“Jangan timbul kemarahan atau kekeliruan rakyat terhadap kerajaan yang sentiasa mengambil berat kos sara hidup rakyat.

“Keputusan itu mesti mendapat kelulusan Kabinet supaya keputusan berkenaan didukung Kementerian Kewangan; Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri; Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup dan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan,” katanya

Jelasnya, pihak berkuasa yang memantau penjualan beras juga perlu mendapat arahan jelas daripada kementerian betul untuk mengelakkan kekeliruan pengguna.



Pengumuman Syed Hussin berhubung penjualan beras putih Malaysia Madani berharga RM30 bagi kampit 10kg mulai 1 Mac ini, menggantikan beras putih tempatan (SST) dan beras putih import (SSI) turut menimbulkan persoalan ramai termasuk Pengarah Urusan Mydin Ameer Ali Mydin yang meminta penjelasan lanjut kerajaan.

Semalam, Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata Mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan Pelaksanaan Majlis Tindakan Sara Hidup (Naccol), minggu depan akan memutuskan muktamad tentang harga beras dikawal.

Sebelum ini, Syed Hussin mendakwa cadangan itu dikemukakan kepada Anwar dan dipersetujui untuk dilaksanakan.

Sementara itu, Hassan daripada PKR berkata Ahli Parlimen Bukit Gantang harus menyedari pengumuman berkaitan penjualan beras perlu dibuat menteri bertanggungjawab iaitu Mohamad berpandukan Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 dan dimaklumkan kepada Jemaah Menteri terlebih dahulu.



“Jadi YB Bukit Gantang jangan jadi lebih laju pengayuh dari sampan, secara tekninal beliau bukan anggota Kabinet atau kerajaan…masih ahli Bersatu yang menjadi pembangkang di Parlimen,” katanya.

Syed Hussin dilantik sebagai ketua jawatankuasa menangani harga makanan dan kos sara hidup bawah Naccol pada 28 Jan lalu, dua bulan selepas mengisytiharkan sokongan kepada Anwar.

Selain beliau, lima lagi Ahli Parlimen Bersatu menyatakan sokongan kepada Anwar ialah Suhaili Abdul Rahman (Labuan), Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang), Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), dan Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar).

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Che Ta naikkan elaun mekap Aaisyah RM250 seminggu



Beras Madani ini apa, Ameer Mydin bidas Syed Abu Hussin

Ali Puteh dah cukup duit bayar saman Hidayah



Kedai coli ‘perangkap’ orang alim

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker