Saya sudah tak terbabit dengan Mukhriz – Mahathir

Saya sudah tak terbabit dengan Mukhriz – Mahathir

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) bebas menyertai mana-mana gabungan kerana Malaysia adalah negara demokrasi.

Penasihat Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) itu berkata, beliau tidak lagi terbabit dengan keputusan parti itu yang dipimpin anaknya, Datuk Seri Mukhriz.

“Kita bebas, negara kita demokrasi, nak buat apa pun buatlah, tetapi sama ada disambut atau tidak itu soal lain.

“Saya tidak terbabit dengan Mukhriz sekarang ini, dia PEJUANG, saya sudah keluar,” katanya pada sidang media selepas Dialog Sepentas Perjuangan Yang Hilang Bersama Tun M di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini, hari ini.

Turut hadir dua bekas menteri Kabinet, Tan Sri Noh Omar dan Datuk Zuraida Kamarudin.

Beliau diminta mengulas tindakan PEJUANG yang memohon menyertai Perikatan Nasional (PN) selepas Mukhriz mengesahkan pihaknya sudah mengutuskan surat kepada Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya partinya diterima sebagai anggota komponen.

Katanya, surat yang sama turut diserahkan kepada Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan Presiden GERAKAN, Datuk Dominic Lau.

Mukhriz berkata, pertimbangan dibuat selepas pihaknya mendapati tidak memadai kerjasama pakatan pilihan raya diwujudkan hanya untuk mengelakkan pertindihan kerusi yang ditandingi terutama ketika perlu menggunakan lambang berasingan oleh kedua-dua pihak.

Pada 10 Februari lalu, Dr Mahathir mengumumkan beliau keluar parti itu bersama 12 lagi ahli lain.

Menerusi satu notis kepada Setiausaha Agung PEJUANG, Datuk Amiruddin Hamzah, keputusan itu dibuat berikutan tindakan parti berkenaan memutuskan hubungan dengan Gerakan Tanah Air (GTA). BH

Saya sudah tak terbabit dengan Mukhriz – Mahathir

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Alicia Amin, Dr Farzan sah bercerai selepas dua tahun bersama

Fizz Fairuz kena sembur dengan Along

Kena scam RM1575 untuk screen protector di Petaling Street

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker