Saya tak terlibat pelantikan semula peguam negara – Azalina

Saya tak terlibat pelantikan semula peguam negara – Azalina

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Azalina Othman Said berkata beliau tidak terlibat secara peribadi dalam pelantikan semula Peguam Negara Idrus Harun.

Beliau berkata peguam negara hanya bertanggungjawab kepada perdana menteri dan bukan kepadanya sebagai menteri undang-undang dan reformasi institusi.

“Mungkin perdana menteri (Anwar Ibrahim) ada alasan tersendiri untuk menyambung lantikan peguam negara untuk tempoh enam bulan tetapi bagi saya, apa yang sebenarnya perlu kita lihat ialah mungkin ada kerja yang belum selesai,” katanya.

Azalina berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Pelancaran Program Celik Kewangan Klinik Insolvensi dan Klinik Bantuan Guaman. Beliau diminta mengulas tindakan sesetengah pihak di media sosial yang mempersoal penglibatannya dalam pelantikan semula Idrus.

Beliau juga berkata selaras dengan Fasal (1) Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong memperkenan pelantikan semula itu selepas menerima nasihat perdana menteri.

Semalam, Ketua Setiausaha Negara Mohd Zuki Ali mengumumkan Idrus dilantik semula sebagai peguam negara untuk tempoh enam bulan berkuat kuasa 6 Mac ini.

Dalam perkembangan lain, Azalina berkata Akta Insolvensi 1967 [Akta 360] yang akan dipinda bakal dibawa ke Parlimen awal bulan depan.

Beliau berkata terdapat enam cadangan dasar akan dibawa antaranya membuat penambahbaikan kepada peruntukan pelepasan secara automatik agar bankrap boleh dilepaskan daripada kebankrapan dalam tempoh yang singkat.

“Perdana menteri dalam ucapan Belanjawan 2023 baru-baru ini ada menyebut mengenai insolvensi untuk pelepasan kebankrapan dan kita sasar pelepasan atas pindaan Akta Insolvensi ini dalam (melibatkan) 130,000 orang daripada 260,000 kes,” katanya.

Azalina juga berkata Jabatan Perdana Menteri akan menambah baik dan memperluas bidang kuasa Jabatan Bantuan Guaman selain Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan melalui akta khusus dan agensi tertentu untuk memberikan perkhidmatan termasuk dalam kes jenayah. FMT

Saya tak terlibat pelantikan semula peguam negara – Azalina

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Alicia Amin, Dr Farzan sah bercerai selepas dua tahun bersama

Fizz Fairuz kena sembur dengan Along

Kena scam RM1575 untuk screen protector di Petaling Street

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker