Gerakan Anti Sanusi (GAS) serah memorandum pada pegawai MB
ALOR SETAR – Sekumpulan pengguna Tik Tok yang menggelarkan diri sebagai Gerakan Anti Sanusi (GAS) menyerahkan memorandum berkaitan unsur nadir bumi ataupun Rare Earth Element (REE) kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor pada Khamis.
Memorandum tersebut diserahkan kepada Muhammad Sanusi menerusi Pegawai Khas Menteri Besar Kedah, Ku Abdul Muhyi Ku Abd Hamid di hadapan Wisma Darul Aman, di sini, kira-kira jam 9.45 pagi.
Wakil GAS, Ahmad Kamaruddin,47, berkata, pihaknya menyerahkan memorandum berkenaan demi menyampaikan suara rakyat terutamanya pengguna aplikasi tersebut berkaitan mineral itu.
“Kami mewakili rakyat Kedah memohon kebijaksanaan dan ketegasan Menteri Besar Kedah untuk segera membentuk satu jawatan penyiasatan yang efisien bagi merungkai berapa nilai sebenar dan dalang terlibat dalam aktiviti kecurian REE itu.
“Kami juga menegaskan bahawa kerajaan Kedah perlu memberikan satu keputusan segera berkaitan status sebenar berkaitan dengan isu REE ini, “katanya kepada pemberita ketika ditemui di hadapan wisma pada Rabu.
Hadir sama, Pengerusi Pertubuhan Pemacu Pelancongan Sik (Pedas), Abdul Rahim Husain.
Ahmad berkata, perkara ini penting kerana ia melibatkan tentang hasil bumi Kedah yang seharusnya diberikan perhatian serius kerana ia adalah harta warisan bumi yang mungkin boleh menyumbang kepada pendapatan baharu Kedah, sekaligus dapat memakmurkan ekonomi negeri ini.
“Jadi, kami mengharapkan tindak balas segera dari pihak Menteri Besar Kedah selaku ketua kerajaan negeri agar dapat menggunakan seluruh kebijaksanaan beliau untuk segera mengambil tindakan perlu demi memastikan harta kekayaan bumi Kedah terus terpelihara,”katanya.
Dalam perkembangan sama, menurut Ahmad, pihaknya berharap Menteri Besar Kedah dapat memberi respon baik terhadap beberapa persoalan berkaitan REE yang dibangkitkan GAS.
“Antara persoalan kami, syarikat manakah kebenaran eksplorasi REE di Hutan Simpan Kekal di Bukit Enggang, Sik sama ada Prospek Suria Sdn Bhd ataupun Prospek Suria (Kedah) Sdn Bhd.
“Selain itu, kami juga tertanya-tanya pihak mana yang membayar kompaun sebanyak RM130,000 dikeluarkan Pejabat Perhutanan Negeri Kedah dan RM 500,000 dikeluarkan Pejabat Tanah Dan Galian Negeri Kedah terhadap individu terlibat.
Menurutnya, mereka ingin mengetahui nama syarikat yang memenangi bidaan untuk lelongan REE dan nilai bidaan tertinggi yang diperolehi.
“Kita juga ingin tahu tentang tempoh diberikan kepada syarikat dipilih melakukan eksplorasi serta hasil dan keputusan Kedah peroleh dari eksplorasi itu,”katanya.
Ahmad berkata, pihak Menteri Besar juga diminta menjelaskan sama ada individu ditahan Jabatan Perhutanan Negeri Kedah (JPNK) merupakan pekerja syarikat mendapat kelulusan melakukan eksplorasi ataupun tidak.
“Antara lain, pihak kami juga memiliki persoalan sekiranya kerja penerokaan masih diteruskan, nilai sebenar kerugian akibat kecurian REE,” katanya.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Rohingya ‘sound’ Ustaz jangan sibuk hal perniagaan mereka
- Maut dirempuh pemandu mabuk kerana tegur bunyi bising
- Iktiraf UEC, ini jawapan Menteri Pendidikan
- Ada apa dengan pembatalan kuliah Azhar Idrus?
- 3 Calon Ketua Pemuda Popular
- Kerajaan Anwar akan tumbang – Hadi
- TikTok Malaysia larang iklan politik
- Pembaca berita transgender Pakistan nyaris mati dibunuh
- Warga asing besar kepala, caj parkir RM10 di tepi jalan di Zoo Negara [VIDEO]
- Pemandu Saga isi minyak sebelum rempuh MPV
- Pengantin meninggal ketika hendak kahwin, bapa gantikan dengan anak yang lain
- Rasuah Jana Wibawa, Azmin mula ‘berbunyi
- Solat jenazah buat isteri Ustaz Farid Ravi dilimpahi jemaah [VIDEO]
Layari Laman Facebook MYKMU.NET