Parti politik mungkin dibenar tubuh cawangan di universiti

Kerajaan akan tangani kelemahan Auku, kata Khaled

Parti politik mungkin dibenar tubuh cawangan di universiti

Pindaan mungkin dilakukan terhadap Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 bagi membenarkan parti politik menubuhkan cawangan di universiti.

Menteri Pendidikan Tinggi (KPT), Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pelbagai pindaan telah pun dilakukan terhadap akta itu meliputi aspek kegiatan pelajar, urus tadbir universiti sebelum ini.

Beliau sekali lagi mengulangi akta itu tidak akan dimansuhkan tetapi pindaan lanjut mungkin dicadangkan pada sidang Dewan Rakyat akan datang.

“Kita telah lakukan pelbagai pindaan kepada AUKU 1971. Kita memberi kebebasan kepada pelajar untuk menyertai mana-mana parti politik termasuk menawarkan diri bertanding dalam pilihan raya.

“Semua perkara itu telah dilonggarkan dan kemungkinannya termasuk perkara-perkara yang dicadangkan (penubuhan cawangan parti politik di universiti),” katanya pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Muhammad Islahuddin Abas (PN-Mersing) sama ada KPT akan memberi kelonggaran untuk parti politik menubuhkan cawangan di kampus universiti bagi menyuburkan amalan demokrasi dan membudayakan politik matang. K Online

Parti politik mungkin dibenar tubuh cawangan di universiti

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Syamsul, lepaskan saya – Puteri Sarah

Mentega Terbang, Jakim diarah ambil tindakan – Menteri

Cubaan sabotaj kerajaan, Hadi Awang dikecam

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker