AJL35: Gaun almond London, inspirasi payung terjun – Aina Abdul


Busana yang dipakai oleh penyanyi Aina Abdul ketika membuat persembahan menerusi lagu Semalam dalam Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) sebentar tadi mencuri perhatian netizen apabila disamakan dengan bungkusan kuih almond London.

Busana serba hitam dengan stail ‘pleated’ itu menjadi usikan netizen kerana dianggap pelik lebih-lebih lagi pada bahagian topi yang digayakan.

“Awalnya Aina sambut raya. Inspirasi daripada kuih almond London,” ujar seorang pengguna Facebook.

Bagaimanapun, menerusi satu hantaran yang dimuat naik Aina atau nama sebenarnya Nurul Aina Abdul Ghani, 28, dalam Instagramnya menjelaskan bahawa busana hasil rekaan pereka Wan dan Marry itu dinspirasikan daripada payung terjun atau paracut.

“Payung terjun atau paracut dipilih sebagai elemen terbesar dalam reka bentuk busana saya dalam AJL35 bagi melambangkan imej daun gugur yang ditiup angin.

“Imej grafik yang dipancarkan di atas kain pula lambang kepada bait ‘calar ungu’ yang terdapat dalam lirik lagu,” ujarnya.

Ujar penyanyi dengan vokal mantap itu lagi, topi yang digayakan pula melambangkan tempat tidur seorang bayi atau kanak-kanak kecil yang mewakili lirik ‘tinggal ku sendiri, ditemai jasad ini’.

“Bait kata ‘jasad ini’ adalah metafora kepada figura seorang bayi atau kanak-kanak kecil yang ada bersama-sama wanita semasa berlakunya kisah ‘Semalam’.

“Jaket siluet besar dengan susunan kain ‘pleated’ yang kelihatan sarat memaparkan kisah penderitaan berat yang dialami wanita. Perincian pleated ialah hasil inspirasi daripada daun palas kipas atau palm tree mewakili lirik ‘diri ini bagai daun gugur’,” katanya.

Finalis AJL34 tahun lalu menerusi lagu Sumpah itu turut mendedahkan, pemilihan warna hitam melambangkan daun tersebut sudah tua dan kering selain menjadi simbolik kepada perkataan ‘Semalam’.

Pada tahun lalu, busana yang dipakai Aina telah mencetuskan kontroversi apabila mempamerkan gimik busana berdarah sehingga ada pihak menganggap penyanyi itu cuba mempromosikan aksi bunuh diri.

Natijahnya, video persembahan Aina dalam AJL34 disekat untuk tontonan dalam YouTube. K Online

Bunga Raya, Aina Abdul Juara The Masked Singer Malaysia!

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker