Kalau PH jatuh lagi bukan sebab tebuk atap, tapi atap bocor – Hadi

Kalau PH jatuh lagi bukan sebab tebuk atap, tapi atap bocor – Hadi

Sekiranya pentadbiran PH runtuh lagi, maka gabungan pembangkang hari ini tidak boleh dipersalahkan, kata Presiden PAS Abdul Hadi Awang.

Ahli parlimen Marang itu berkata demikian ketika membahaskan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat hari ini, merujuk pentadbiran PH yang ditumbangkan Langkah Sheraton pada 2019.

“Kalau jatuh lagi, jangan salahkan kami. Bukan tebuk atap, tetapi atapnya bocor, pintunya terbuka dan dindingnya pecah.

“Kejayaan menukar kerajaan bukan melalui tebuk atap, tetapi atapnya bocor dan dinding kacanya yang berkecai.

“Selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) yang lalu, parti-parti komponen PH mempunyai jumlah kerusi yang tidak mencukupi dan terpaksa menggabungkan semua parti-parti kecil dan segala yang berpenyakit bagi mencukupkan jumlahnya dalam kerajaannya yang bergelora sebagaimana yang disaksikan oleh rakyat,” katanya. mk

Kalau PH jatuh lagi bukan sebab tebuk atap, tapi atap bocor – Hadi

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Wabak Wahan sedang menyerang umat Islam ketika ini

Peragut Dikejar Ford Mustang (Video)

Punca nafsu seks wanita berkurangan (Bahagian 1)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker