Guru boleh diarah hadir bertugas ketika cuti penggal

Guru boleh diarah hadir bertugas ketika cuti penggal

Guru boleh diarahkan untuk hadir bertugas semasa cuti penggal persekolahan, namun tidak boleh melebihi separuh daripada bilangan cuti penggal sekolah dalam tahun persekolahan tersebut, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Pendidikan Lim Hui Ying berkata, ia adalah berdasarkan surat siaran Kementerian Pendidikan (KPM) Bilangan 11 Tahun 2017 yang turut memaklumkan arahan hadir bertugas itu meliputi tugasan mengawas peperiksaan, berkursus dan mesyuarat persediaan awal tahun persekolahan.



“Walaupun ini tugasan luar bukan bersifat rutin yang perlu dilakukan setiap hari, tetapi ini juga sebahagian daripada tugas guru,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Vivian Wong Shir Yee (PH-Sandakan) yang bertanyakan sekiranya guru boleh dipanggil bertugas ketika cuti sekolah.

Sementara itu, Lim berkata, setakat ini tiada elaun khusus diberikan kepada guru yang melaksanakan tugasan luar bilik darjah termasuk hadir ke mesyuarat pengurusan sekolah pada hujung minggu.

Bagaimanapun, beliau berkata, sekiranya guru diarahkan bertugas di luar sekolah, mereka layak diberikan tuntutan perjalanan.

“Ini adalah setakat sekarang, tetapi kita akan ambil maklum isu dibangkitkan dan kita akan teliti,” katanya menjawab soalan tambahan Nurul Amin Hamid (PN-Padang Terap) yang bertanyakan sekiranya kerajaan akan memperkenalkan insentif atau elaun khusus kepada guru gred DG41 yang melaksanakan tugasan di luar kelas. HM



Guru boleh diarah hadir bertugas ketika cuti penggal

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Wabak Wahan sedang menyerang umat Islam ketika ini



Peragut Dikejar Ford Mustang (Video)

Punca nafsu seks wanita berkurangan (Bahagian 1)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker