Ada 3 kem dalam UMNO, ini kata Zahid

Wujud dakwaan 3 kem calon pemilihan UMNO

Ada 3 kem dalam UMNO, ini kata Zahid

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menafikan dakwaan wujud beberapa kem dalam kalangan calon yang bertanding pada pemilihan UMNO kali ini.

Presiden UMNO itu sebaliknya menegaskan hanya wujud satu kem dalam parti itu, iaitu kem UMNO Malaysia.

“Ada kem, satu kem sahaja, kem UMNO Malaysia. Memang tak wujud pun (dakwaan wujud tiga kem),” katanya, hari ini.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah ditemui pemberita ketika melawat Kompleks Industri Makanan MARA (KIMAR) di Batu Caves, di sini.

Beliau mengulas pandangan penganalisis politik yang melihat seperti wujud tiga kem dalam kalangan calon bertanding pada pemilihan UMNO bulan depan, iaitu kem propresiden, antipresiden serta berkecuali atau bebas.

Terdahulu, media semalam memetik Pengerusi UMNO Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menafikan dakwaan sedemikian yang disifatkannya andaian semata-mata.

Menteri Besar Pahang yang menawarkan diri bersama enam calon lain bagi merebut jawatan Naib Presiden UMNO, antara lain menyifatkan dakwaan itu hanya ‘pandangan dua atau tiga tokoh’. BH

Ada 3 kem dalam UMNO, ini kata Zahid

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pukulan KO Jojo tumbangkan lawan hanya dalam 16 saat

Ini kata Erra tentang krisis rumah tangga bekas suaminya

Hafidz Roshdi dituduh mental dan psiko, masih berminat komen IG bekas isteri

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker