Pemandu lori maut dipanah petir

Pemandu lori maut dipanah petir

Pemandu lori maut dipanah petir

Gombak: Pemandu lori maut dipanah petir ketika mengikat kanvas muatan batu bata di Permata Kuari, Latar Rawang, Rawang, di sini, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Zainal Mohamed Mohamed berkata, Pusat Kawalan IPD Gombak menerima panggilan dari orang awam memaklumkan seorang lelaki berusia 27 tahun maut dipanah petir jam 4.05 petang.

Menurutnya, bertindak atas maklumat itu, sepasukan unit peronda polis (MPV) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak ke lokasi kejadian.

“Pihak ambulans dari Hospital Selayang turut sampai di tempat kejadian dan mengesahkan kematian mangsa.

“Siasatan awal yang dijalankan mendapati kejadian berlaku di kawasan kuari batu-bata,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Zainal berkata, mangsa adalah seorang pemandu lori di mana ketika kejadian hujan lebat di kawasan kuari itu.

“Ketika mangsa meletakan kenderaannya lebih kurang 50 meter dari tempat muatan batu bata, mangsa keluar dari lori dan berdiri di tepi bagi tujuan mengikat kanvas muatan batu bata.

“Tiba-tiba terdengar bunyi dan diikuti panah petir di lori mangsa sebelum dia didapati terbaring di tepi kenderaan disyaki terkena panahan petir,” katanya.

Beliau berkata, pemeriksaan lanjut pada tubuh badan mangsa dapati tiada unsur-unsur jenayah.

“Mangsa dihantar ke Unit Forensik, Hospital Selayang untuk ujian swab test dan bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian. Siasatan diklasifikasikan sebagai kes mati mengejut (SDR),” katanya. HM

Pemandu lori maut dipanah petir


Layari Laman Facebook MYKMU NET

Ustazah tampil perbetul kenyataan Ustaz Dasuki dipanah petir

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker