Azwan Bro umum pasukan lawan anak Tajuddin di Pasir Salak

Pemilihan UMNO di Bahagian Pasir Salak semakin panas

Azwan Bro umum pasukan lawan anak Tajuddin di Pasir Salak

Pemilihan UMNO Bahagian Pasir Salak dijangka panas apabila menyaksikan pertembungan dua pasukan di antara Pemangku Ketua UMNO Bahagian, Khairul Azwan Harun dan Naib Ketua UMNO Bahagian, Dr Faizal Tajuddin.

Khairul Azwan yang akan bertanding ketua UMNO bahagian dalam satu kenyataan mengumumkan pasukannya terdiri daripada calon timbalan ketua UMNO bahagian sehinggalah calon naib ketua Puteri UMNO bahagian.

Menurutnya, senarai calon dikemukakan itu dianggap sebagai pasukan baharu yang membawa visi untuk memperkasa UMNO Bahagian Pasir Salak.

“Pasukan ‘Memperkasa Pasir Salak’ ini adalah terdiri daripada pemimpin-pemimpin anak tempatan yang berpengalaman dan berkelayakan.

“Kami komited dan bertekad untuk memperkenalkan pembaharuan dan penambahbaikan terhadap corak kepimpinan serta pendekatan kami dalam mengurus parti dan khidmat bakti kami kepada masyarakat di Pasir Salak,” katanya menerusi satu kenyataan pada Selasa.

Menurutnya, pasukan berkenaan menampilkan calon iaitu Ramelle Ashram Ramli bagi jawatan timbalan ketua UMNO bahagian, Mohd Nazari Sabran bagi jawatan naib ketua UMNO bahagian, Datuk Dr Wan Norashikin Wan Noordin (Ketua wanita), Mohd Yafiz Mohamad Mustapa (Ketua pemuda) dan Nor Azuwa Sulaiman (Ketua puteri).

Bagi calon naib ketua wanita UMNO bahagian pula, pasukan tersebut menamakan Suhaili Suib diikuti Mohd Farid Mohd Hayati bagi calon naib ketua pemuda dan Saila Mohd Saleh untuk jawatan naib ketua puteri.

Sementara itu, Khairul Azwan yang juga bekas calon Parlimen Parlimen Pasir Salak pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) juga turut mengesahkan akan bertanding bagi jawatan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO sesi 2023-2026.

“Berbekalkan dengan sedikit pengalaman lalu, sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO dan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO sesi 2013-2018, saya ingin terus menyumbang tenaga dan buah fikiran serta mengukuhkan semangat kebersamaan dengan pucuk pimpinan parti,” katanya.

Sinar Harian pada Isnin melaporkan anak sulung bekas Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman iaitu Faizal mengesahkan bertanding jawatan Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak pada pemilihan yang akan berlangsung pada 18 Mac depan. Sinar

Azwan Bro umum pasukan lawan anak Tajuddin di Pasir Salak

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Wabak Wahan sedang menyerang umat Islam ketika ini

Peragut Dikejar Ford Mustang (Video)

Punca nafsu seks wanita berkurangan (Bahagian 1)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker