Ayah dikhuatiri lemas ketika cuba selamat anak

Ayah dikhuatiri lemas ketika cuba selamat anak

KEMAMAN: Seorang buruh kilang dikhuatiri lemas, selepas hilang dibawa arus ketika cuba menyelamatkan anaknya daripada lemas di Sungai Lubuk Tapeng dekat Air Puteh di sini, hari ini.

Dalam kejadian itu, mangsa, Mohd Mirwan Mohd Remli, 40, tenggelam dibawa arus sungai berkenaan, kira-kira jam 1.45 tengah hari.



Ketua Polis Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan, berkata sebelum kejadian mangsa bersama isterinya, Haryati Sulaiman, 36, serta anak mereka ke sungai itu untuk memancing dan mandi, mulai jam 9.30 pagi.

Katanya, ketika sedang mandi, anaknya Muhammad Zafran Aidil, 12, tiba-tiba dibawa arus dan hanyut sehingga ke tengah sungai.

“Mangsa dikatakan bertindak untuk menyelamatkan anaknya itu, namun isteri mangsa kemudiannya mendapati suaminya itu tenggelam.

“Bagaimanapun, anak mangsa berjaya menyelamatkan diri dengan berpaut pada dahan pokok yang ada di sungai terbabit,” katanya



Hanyan berkata, menyedari suami hilang, isterinya bergegas mendapatkan pertolongan daripada penduduk kampung sebelum datang ke balai polis membuat laporan.

Sementara itu, Pegawai Operasi Bomba, Mohd Hafiezul Mohamad, berkata seramai 16 anggota bomba dan penyelamat dari Balai Cheneh dan Chukai, bergegas ke lokasi kejadian.

Beliau berkata, operasi mencari dan menyelamat mangsa sedang giat dilakukan membabitkan kerjasama daripada polis, Rela dan penduduk kampung.

“Seramai tujuh anggota Bomba dari Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) turut menyertai operasi ini dan setakat ini usaha pencarian mangsa masih belum berhasil,” katanya. BH



Ayah dikhuatiri lemas ketika cuba selamat anak

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Datuk Seri Azlina mahu saman bekas suami RM10 juta (Video)



Syamsul Upah Peguam Untuk Ira Kazar, Puteri Sarah Kata ‘Bring It On’

Zarina jawab tuduhan Khazrul



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker