Bumbung Myvi berlubang kena bahan letupan

Bumbung Myvi berlubang kena bahan letupan

Shah Alam: Polis mengesahkan berlaku insiden letupan sehingga menyebabkan bumbung sebuah kereta berlubang dalam kejadian di hadapan sebuah rumah di Padang Jawa.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata susulan kejadian itu, seramai 10 saksi sudah dipanggil untuk dirakam percakapan, setakat ini.



Menurutnya, polis terdahulu menerima panggilan daripada mangsa iaitu seorang lelaki tempatan berusia 35 tahun yang memaklumkan berlaku satu letupan di bahagian bumbung kereta miliknya.

Katanya, mangsa memaklumkan pada jam 3.50 pagi, 17 Februari lalu, isteri mangsa memberitahu terdapat percikan api atas keretanya. Mangsa kemudian keluar untuk memeriksa keadaan luar rumah yang dipenuhi asap sebelum menghubungi pihak polis.

“Hasil siasatan mendapati kereta Jenis Perodua Myvi berwarna kuning milik mangsa yang diparkir di hadapan rumah berlubang di bahagian bumbung.

“Pemeriksaan dalam kereta tidak menjumpai apa-apa senjata atau benda asing dan kenderaan itu didapati berlubang di bahagian bumbung dipercayai kesan gelombang letupan berikutan terdapat kesan lekukan besi (bumbung).



“Menurut saksi kejadian iaitu jiran mangsa mendengar bunyi letupan kuat pada jam 3.50 pagi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd Iqbal berkata Pasukan Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor bersama forensik Bukit Aman dari unit Pemusnah Bom (Post Blast Investigation) turut hadir di tempat kejadian dan setelah pemeriksaan dibuat menyatakan pembuatan bahan letupan itu adalah dari orang yang ada pengetahuan tentangnya.

“Bahan letupan berkenaan adalah jenis low explosive (serbuk belerang) dan teknik yang digunakan bagi menyebabkan letupan adalah teknik bakar kerana menjumpai sumbu dipercayai digunakan untuk memulakan letupan berkenaan,” katanya.

Jelasnya, tiada sebarang kemalangan jiwa dalam kejadian berkenaan dan kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan.



Katanya, sebarang maklumat berkaitan kes itu boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat kes Asisten Superintendan Mohammad Khairi di talian 012-2666025. HM

Bumbung Myvi berlubang kena bahan letupan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Datuk Seri Azlina mahu saman bekas suami RM10 juta (Video)

Syamsul Upah Peguam Untuk Ira Kazar, Puteri Sarah Kata ‘Bring It On’



Zarina jawab tuduhan Khazrul

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker