Logo halal palsu, LY Frozen Food didenda RM1.5 juta

Pengarah syarikat Yong Chee Keong mengaku salah

Logo halal palsu, LY Frozen Food didenda RM1.5 juta

JOHOR BAHRU: Sebuah syarikat makanan sejuk beku didenda RM1.5 juta oleh Mahkamah Sesyen kerana memiliki, menawarkan dan menggunakan logo halal palsu berkaitan kartel daging pada Dis 2020.

Hakim Fatimah Zahari menjatuhkan hukuman itu selepas Pengarah LY Frozen Food Sdn Bhd, Yong Chee Keong, 42, yang mewakili syarikat berkenaan, mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan.



Mahkamah turut menjatuhkan hukuman denda RM100,000 atau penjara enam bulan ke atas Yong, yang berdepan dan mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan sama namun melepas tanpa membebaskan seorang lagi pengarah syarikat itu Tan Siew Huak, 44, daripada pertuduhan serupa.

Fatimah juga memerintahkan Pengurus Stor LY Frozen Food Sdn Bhd, Chong Kim Kuang, 50, dibebaskan daripada semua pertuduhan kerana mengambil kira fakta bahawa dia hanya pekerja di syarikat itu.

Mengikut kertas pertuduhan, LY Frozen Food, Yong, Tan dan Chong didakwa menggunakan suatu perihal dagangan palsu iaitu berkaitan logo halal Islamic Co-ordinating Council of Victoria dan Perth Mosque Incorporated dari Australia ke atas sejumlah 3,418 unit kotak makanan sejuk beku.

Mereka juga didakwa menawarkan barangan itu atas label GBP Australia Pty Ltd dan Ararat Meat Exports Pty Ltd, yang menggunakan logo halal Australia, untuk menunjukkan ia boleh dimakan oleh orang Islam.



Mereka turut dituduh memiliki barangan itu yang menggunakan perihal dagangan palsu tanpa kelulusan GBP Australia Pty Ltd dan Ararat Meat Exports Pty Ltd.

Semua kesalahan dilakukan di sebuah premis di Taman Perindustrian Desa Idaman, Senai, Kulai pada 3.30 petang 1 Dis 2020, mengikut Seksyen 5(1)(a), Seksyen 5(1)(c) Akta Perihal Dagangan 2011, Perenggan 4(1) Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 yang membawa hukuman maksimum penjara tiga tahun atau denda RM100,000 atau kedua-duanya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Mohd Sophian Zakaria dan Syazwani Zawawi manakala semua tertuduh diwakili peguam Zamri Idrus.

Pada 2 Dis 2020, media melaporkan kewujudan kartel menyeludup daging sejuk beku dari China, Ukraine, Brazil dan Argentina sebelum membungkus semula menggunakan logo halal serta menjualnya ke pasaran di seluruh negara.



Kegiatan itu terbongkar hasil serbuan bersepadu pihak berkuasa ke atas sebuah gudang di Senai yang menyaksikan rampasan bernilai kira-kira RM6.47 juta. FMT

Logo halal palsu, LY Frozen Food didenda RM1.5 juta

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Khazrul Elzey mengaku tidur dengan Zarina Anjoulie (Video)

Takiyuddin ‘serang’ Zahid, sekali Rayer pertahan



Model baharu PROTON, Honda bakal perkukuh DRB-Hicom

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker