Keluarga Malcolm X fail saman terhadap FBI, CIA, NYPD

Keluarga Malcolm X fail saman terhadap FBI, CIA, NYPD

WASHINGTON: Keluarga aktivis hak asasi Amerika Syarikat (AS) terkenal, Malcolm X akan memfailkan saman AS$100 juta (RM443 juta) terhadap beberapa agensi penguatkuasa negara itu berhubung kematian bapanya pada 58 tahun lalu.

Antara yang disenaraikan adalah untuk tindakan undang-undang itu termasuk Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI), Agensi Siasatan Pusat (CIA) dan polis New York yang didakwa ‘menyembunyikan bukti’ membabitkan pembunuhan aktivitis terkenal itu 58 tahun lalu.

Pengumuman itu dibuat pada sidang media semalam, oleh peguam hak asasi Ben Crump serta anak perempuan Malcolm X, Qubilah Shabazz dan Ilyasah Shabazz di Pusat Memorial dan Pendidikan Malcolm X dan Dr Betty Shabazz, menurut Anadolu Agency.

“Kami juga akan mendapatkan keadilan untuk lelaki muda (Malcolm X) — baharu berusia 39 tahun — yang terkorban ketika memperjuangkan hak asasi manusia.

“Kebenaran mengenai keadaan hingga membawa kepada kematian bapa kami bukan sahaja penting kepada keluarga kami, tetapi juga ramai pengikutnya, yang menjadikan beliau sebagai panduan.

“Harapan kami proses litigasi ini akan memberi jawapan kepada soalan yang tidak terjawab sebelum ini. Kami mahu keadilan ditegakkan untuk bapa kami,” kata Ilyasah Shabazz.

Shahbaz menuduh agensi persekutuan dan tempatan New York sengaja menyembunyikan bukti konspirasi dan perancangan untuk membunuh Malcolm X.

Crump berkata, anak perempuan Malcolm X berhak mengetahui semua fakta berkaitan kematian bapa mereka.

“Atas ketidakadilan yang teruk ini, kami akan memfailkan saman terhadap entiti kerajaan sebanyak $100 juta bagi pihak anak perempuannya”, kata Crump.

Jabatan Polis New York dalam pada itu enggan mengulas proses perundangan yang masih berjalan.

Malcolm X raih populariti sebagai jurucakap gerakan pro Islam yang dikenali sebagai ‘Nation of Islam’.

Beliau menghabiskan sedekad dengan gerakan itu, sebelum didakwa mula mengeluarkan kenyataan perkauman yang mengundang kontroversi.

Malcolm X ditembak tiga lelaki ketika bersedia untuk berucap di satu jelajah di New York pada 21 Februari 1965.

Selepas insiden itu, beberapa pihak mendakwa agensi kerajaan maklum mengenai rancangan pembunuhannya dan membiarkan ia berlaku.

Anggota Nation of Islam, Talmadge Hayer kemudian mengaku di mahkamah sebagai seorang daripada lelaki yang menembak Malcolm X.

Pada 2021, hakim New York membatalkan sabitan ke atas dua lagi lelaki yang didapati membunuh Malcolm X. BH

Keluarga Malcolm X fail saman terhadap FBI, CIA, NYPD

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Agong tepuk dahi kena ‘prank’ [VIDEO]

Nasi lemak janda muda tepi jalan laris

Filem Coast Guard sasar kutip RM7 juta lagi

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker