Hasil siasatan berkaitan Hakim Mohd Nazlan didedah dalam Parlimen?

Hasil siasatan berkaitan Hakim Mohd Nazlan didedah dalam Parlimen?

Ada kemungkinan dapatan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Nazlan Ghazali akan didedahkan di Parlimen.

Menurut sumber FMT, SPRM dikatakan sudah menyerahkan jawapan kepada persoalan dikemukakan oleh dua ahli Parlimen yang menggesa dapatan hasil siasatan itu didedahkan dalam Parlimen sebelum ini.



Kata sumber itu, kemungkinan Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi, Datuk Seri Azalina Othman akan mendedahkannya dalam Dewan Rakyat dalam sehari dua ini.

Pada Mei tahun lepas, SPRM mengesahkan kertas siasatan mengenai kes membabitkan Mohd Nazlan sudah diserahkan kepada pihak Jabatan Peguam Negara untuk tindakan lanjut.

SPRM melalui kenyataan berkata, kertas siasatan itu diserahkan pada 18 Mei lalu selepas pihaknya melengkapkan siasatan mengenai dakwaan sumber kekayaan yang tidak dijelaskan membabitkan Mohd Nazlan.

SPRM sebelum ini dilapor membuka kertas siasatan terhadap Mohd Nazlan, yang mana Ketua Pesuruhjaya, Tan Sri Azam Baki berkata siasatan itu adalah prosedur biasa selepas pihaknya menerima laporan secara rasmi.



Ia susulan Mohd Nazlan membuat laporan polis menafikan tuduhan dibuat penulis blog, Raja Petra Kamarudin mengenai dakwaan ada sejumlah wang yang tak dapat ditentukan punca dalam akaunnya.

Kenyataan Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia Istana Kehakiman Putrajaya pula berkata, artikel ditulis oleh Raja Petra bertajuk Judge Mohd Nazlan being investigated for unexplained RM1 million in his bank account yang disiarkan di sebuah portal adalah palsu dan tidak berasas. MG

Hasil siasatan berkaitan Hakim Mohd Nazlan didedah dalam Parlimen?

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Khazrul Elzey mengaku tidur dengan Zarina Anjoulie (Video)

Takiyuddin ‘serang’ Zahid, sekali Rayer pertahan



Model baharu PROTON, Honda bakal perkukuh DRB-Hicom



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker