Tiga jawatan Naib Presiden UMNO masih kosong

Tiga jawatan Naib Presiden UMNO masih kosong

Jawatankuasa Pemilihan UMNO (JPU) 2023 menerima 111 borang pencalonan bagi pertandingan jawatan Majlis Kerja Tertinggi (MKT), Wanita, Pemuda, Puteri dan Exco, kata Pengerusinya, Tan Sri Shahrir Samad.

Namun, katanya, sehingga petang semalam, belum ada calon menawarkan diri bertanding tiga jawatan Naib Presiden, walaupun tarikh tutup Ahad ini, iaitu kurang seminggu dari sekarang.



Tiga jawatan itu disandang Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Beliau berkata, daripada jumlah pencalonan yang diterima, 24 adalah untuk perebutan jawatan MKT, 22 calon Exco Wanita, 25 (Pemuda) dan 15 (Puteri).

“Bagi ketua Wanita dan Pemuda masing-masing satu pencalonan, manakala Ketua Puteri enam calon menawarkan diri untuk bertanding.

“Seorang calon mendaftar bagi Naib Ketua Wanita UMNO, dua calon Naib Ketua Pemuda dan tiga calon bagi Puteri,” katanya seperti dilaporkan UMNOonline, semalam.



Shahrir berkata, pihaknya menjangka lebih ramai calon akan mendaftar, termasuk bagi bagi jawatan Naib Presiden UMNO sepanjang minggu terakhir ini. MG

Tiga jawatan Naib Presiden UMNO masih kosong

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Viral perarakkan pemuda PAS dengan ‘lembing dan perisai’, Ketua Pemuda PAS cuba menjarakkan diri

Tergamak sungguh buang Quran dalam longkang



Mahathir perjelas kenapa beliau tak serah kuasa kepada Anwar

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker