Tengku Zafrul beri keterangan kepada SPRM
Tengku Zafrul beri keterangan kepada SPRM
Tengku Zafrul Abdul Aziz berkata, beliau telah memberikan keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung program Jana Wibawa.
Menteri perdagangan antarabangsa dan industri itu berkata, beliau telah memberikan keterangan kepada SPRM petang semalam.
“Saya ingin mengesahkan bahawa saya telah memberi keterangan sebagai saksi bagi membantu siasatan Program Jana Wibawa kepada SPRM lewat petang semalam.
“Saya akan terus memberi kerjasama kepada mana-mana pihak berkuasa jika diperlukan,” katanya dalam hantaran di media sosial hari ini.
Program Jana Wibawa ialah inisiatif rangsangan Covid-19 untuk membantu kontraktor Bumiputera.
Program tersebut terpalit dengan kontroversi selepas Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, kos bagi sesetengah projek terlalu tinggi. Projek-projek tersebut, katanya, diluluskan tanpa melalui proses tender.
Bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin sebelum ini mendedahkan bahawa projek tersebut dicadangkan oleh Tengku Zafrul ketika menjadi menteri kewangan, dan beliau mempersetujuinya.
Awal hari ini, Ketua Penerangan Bersatu Wan Saiful Wan Jan mengaku tidak bersalah menerima rasuah berjumlah hampir RM7 juta berhubung program Jana Wibawa. Dia juga didakwa meminta jumlah yang tidak dinyatakan untuk projek jalan raya bernilai RM232 juta.
Wan Saiful dan ahli perniagaan Adam Radlan Adam Muhammad ditahan oleh SPRM semalam.
Tengku Zafrul beri keterangan kepada SPRM
Baca Artikel Menarik:
- SISPAA ibarat mimpi ngeri buat penjawat awam
- Tak Sangka Simpan Bulu Kemaluan Pun Ada Manfaat? Extra: Risiko Bercukur Yang Anda Perlu Tahu!
- FAM bukan pak turut TMJ
- Mencarik imej damai tokoh PAS Fadzil Noor, Nik Aziz
- Sarjan ditemui maut dengan 3 kesan tembakan
- Athira letak kesalahan pada orang lain – Isteri Hafidz Roshdi
- Berkhalwat dengan rakan baik suami, ibu 2 anak ditahan
- Kerajaan mahu lahirkan 125,000 huffaz profesional – Zahid
- Muhyiddin antara suspek siasatan – SPRM
- Mahathir setuju kerjasama dengan Kedah – Sanusi
- Bekas ‘orang kuat’ Ismail Sabri dirujuk ke Lembaga Disiplin UMNO
- Pertemuan Pejuang-PAS, ‘kalau Mukhriz minta kerusi di Kedah saya jammed’ – Sanusi
- Usul tetap penggal Parlimen langkah menafikan kuasa budi bicara Agong
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Viral perarakkan pemuda PAS dengan ‘lembing dan perisai’, Ketua Pemuda PAS cuba menjarakkan diri
Mahathir perjelas kenapa beliau tak serah kuasa kepada Anwar
You must be logged in to post a comment.