Bomba pujuk kucing merajuk

Bomba pujuk kucing merajuk

ALOR SETAR: Tindakan sepasukan anggota bomba menyelamatkan seekor kucing ‘merajuk’, yang tersangkut di tingkat tiga sebuah bangunan di Jalan Shahab Perdana, di sini, Jumaat lalu, tular di laman sosial.

Video berdurasi 26 saat itu menunjukkan seorang anggota bomba cuba memujuk kucing berkenaan, yang pada awalnya bertindak garang.

Telatah haiwan comel yang seakan-akan ‘merajuk’ itu dirakam Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Alor Setar, Timbalan Penguasa Bomba Ahmad Naufal Abdullah, yang kemudian memuat naik kejadian itu di laman TikTok miliknya, @Hazmat_King.

“Pujuk sampai dapat,” tulisnya melalui kapsyen yang dimuat naik melalui video berkenaan.

Video itu tular sejak semalam dan meraih ratusan ribu tontonan serta lebih 1,000 perkongsian.

Kejadian itu mendapat perhatian netizen dan rata-rata netizen menyamakan kucing itu seperti ‘teman wanita merajuk’.

Ramai memuji tindakan anggota bomba berkenaan, yang menyelamatkan nyawa, tanpa mengira sama ada misi mereka membabitkan manusia atau haiwan.

Ahmad Naufal ketika dihubungi berkata, anggotanya yang bertindak ‘hero’ dalam video itu adalah Pegawai Balai Bomba dan Penyelamat Alor Setar, Pegawai Bomba Kanan II Nor Zulkifli Mat Rejab.

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung perkara itu pada jam 5.20 petang Jumaat lalu dan bergegas ke lokasi kejadian dengan enam kekuatan.

Setibanya di lokasi, katanya, terdapat seekor kucing tersangkut di tingkat tiga bangunan di kawasan Shahab Perdana, Mergong.

“Anggota memasang tangga bomba ke bangunan berkenaan dan menangkap kucing itu serta membawanya turun. Operasi menyelamat kucing itu akhirnya berjaya ” katanya. BH

Bomba pujuk kucing merajuk

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Viral perarakkan pemuda PAS dengan ‘lembing dan perisai’, Ketua Pemuda PAS cuba menjarakkan diri

Tergamak sungguh buang Quran dalam longkang

Mahathir perjelas kenapa beliau tak serah kuasa kepada Anwar

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker