Azam enggan komen dakwaan BERSATU ‘mangsa pendakwaan terpilih’

Azam enggan komen dakwaan BERSATU ‘mangsa pendakwaan terpilih’

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, enggan mendedahkan butiran siasatan susulan pendakwaan pemimpin kanan BERSATU berhubung kes projek Jana Wibawa.

Beliau yang ditemui BH di lobi Parlimen hari ini, hanya menjawab ‘no comment’ ketika diaju soalan mengenai kenyataan Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang mendakwa parti itu menjadi ‘mangsa pendakwaan terpilih’.

Kehadiran Azam di Parlimen pagi ini, menarik perhatian ramai kerana berkemungkinan untuk bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berada di Dewan Rakyat pagi ini, untuk sesi waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQ)

Bagaimanapun, seorang pegawai Pejabat Perdana Menteri (PMO) memberitahu, kehadiran Azam ke Parlimen pagi ini bukan untuk bertemu Anwar.

Sebaliknya, kata pegawai berkenaan, kehadiran Azam adalah untuk mendengar jawapan Perdana Menteri berhubung isu Pandora Papers. BH

Azam enggan komen dakwaan BERSATU ‘mangsa pendakwaan terpilih’

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Viral perarakkan pemuda PAS dengan ‘lembing dan perisai’, Ketua Pemuda PAS cuba menjarakkan diri

Tergamak sungguh buang Quran dalam longkang

Mahathir perjelas kenapa beliau tak serah kuasa kepada Anwar

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker