Anwar tegur amalan minta ‘ganjaran’ daripada kontraktor Bumiputera

Anwar tegur amalan minta ‘ganjaran’ daripada kontraktor Bumiputera

Anwar Ibrahim menegur amalan kerajaan terdahulu meminta “ganjaran” daripada syarikat kontraktor Bumiputera sebagai balasan diberikan tender.

Perdana menteri berkata, amalan seperti itu tidak boleh diizinkan lagi bawah pentadbirannya, sambil berikrar sebarang tender melibatkan mana-mana kementerian akan melalui proses yang telus.



“Amalan menggunakan peluang kononnya membantu Bumiputera dan disonglapnya wang … ini tidak boleh diizinkan, saya nak jelaskan bahawa ada dasar untuk membantu Bumiputera,” katanya di Dewan Rakyat.

“Boleh adakan tender terhad dalam kalangan syarikat Bumiputera, itu tidak menghalang, tetapi tidak boleh digunakan alasan membantu Bumiputera (tetapi) meminta syarikat itu memberikan wang peribadi atau parti seperti mana dilakukan sebelum ini.”

Anwar (PH-Tambun) menjawab soalan tambahan Noraini Ahmad (BN-Parit Sulong) yang meminta perdana menteri menjelaskan tindakan kerajaan dalam menangani kebimbangan dan memulihkan defisit keyakinan rakyat.

Anwar sebelum ini dilaporkan berkata, kos bagi sesetengah projek yang dilaksanakan kerajaan terdahulu terlalu tinggi, dan projek seperti dalam program Jana Wibawa diluluskan tanpa melalui proses tender.



Program Jana Wibawa merupakan inisiatif pakej rangsangan berdepan Covid-19 bagi membantu kontraktor Bumiputera yang dilaksanakan bawah pentadbiran Muhyiddin Yassin. FMT

Anwar tegur amalan minta ‘ganjaran’ daripada kontraktor Bumiputera

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Viral perarakkan pemuda PAS dengan ‘lembing dan perisai’, Ketua Pemuda PAS cuba menjarakkan diri

Tergamak sungguh buang Quran dalam longkang



Mahathir perjelas kenapa beliau tak serah kuasa kepada Anwar

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker