Resepi kuih serabai atau kuih mayat
Susah nak jumpa dah kuih ni
Resepi kuih serabai atau kuih mayat
Ada antara kita yang tidak pernah melihat atau merasa kuih ini.
Ia umpama lempeng, (bentuk) bulat dan gebu. Ia sedap dicecah bersama kuah gula melaka, kuah durian serta santan yang akan memberikan rasa lemak manis.
Antara perkara paling penting dalam pembuatan hidangan tersebut adalah adunan tepungnya mestilah diperap selama dua hingga empat jam.
Walaupun bahan-bahan dan proses penyediaan nampak mudah, tetapi ia memakan masa yang lama untuk menyiapkannya.
Kadangkala, jika tidak bernasib baik, tepung yang dibancuh tidak menjadi, meskipun telah mengikut sukatan yang betul dan terpaksa dibuang begitu sahaja.
Dari segi penggunaan acuan kuih serabai, beliau masih menggunakan kuali tradisional, namun membakarnya di atas dapur gas.
Bahan-bahan
1 paket tepung beras
1 biji kelapa parut (kelapa kulit hijau)
1,200 mililiter air
1 sudu kecil garam
BAHAN-BAHAN KUAH
2 cawan santan pekat
1/2 cawan air
1 sudu besar tepung jagung
2 helai daun pandan
1 biji telur
Sedikit garam
3 sudu besar gula
2 keping gula melaka
Cara penyediaan:
Sediakan satu bekas dan kuali.
Masukkan 400 gram tepung beras ke dalam bekas dan 100 gram lagi ke dalam kuali.
Kemudian, masukkan garam dan 600 mililiter air ke dalam bekas tadi.
Kacau adunan di dalam bekas sehingga sebati.
Masukkan pula 600 mililiter air ke dalam kuali. Kacau sehingga adunan menjadi pekat dan mendidih.
Selepas itu, satukan kedua-dua adunan dan kacau sehingga sebati.
Perapkan tepung adunan selama dua hingga empat jam.
Selepas itu, masukkan santan ke dalam adunan tepung tadi.
Sediakan acuan dan masukkan satu senduk adunan ke dalamnya. Tutup kuih selama 10 minit. Ulang proses sehingga adunan habis.
Untuk bahan kuah pula, satukan tepung jagung dan air. Kacau rata.
Kisar telur dan santan sehingga sebati.
Kemudian, masukkan semua bahan ke dalam periuk bersama tepung jagung tadi.
Selepas itu, masak sehingga gula melaka larut menggunakan api perlahan sehingga kuah pekat. Siap!
Resepi kuih serabai atau kuih mayat
Baca Artikel Menarik:
- SISPAA ibarat mimpi ngeri buat penjawat awam
- Tak Sangka Simpan Bulu Kemaluan Pun Ada Manfaat? Extra: Risiko Bercukur Yang Anda Perlu Tahu!
- FAM bukan pak turut TMJ
- Mencarik imej damai tokoh PAS Fadzil Noor, Nik Aziz
- Sarjan ditemui maut dengan 3 kesan tembakan
- Athira letak kesalahan pada orang lain – Isteri Hafidz Roshdi
- Berkhalwat dengan rakan baik suami, ibu 2 anak ditahan
- Kerajaan mahu lahirkan 125,000 huffaz profesional – Zahid
- Muhyiddin antara suspek siasatan – SPRM
- Mahathir setuju kerjasama dengan Kedah – Sanusi
- Bekas ‘orang kuat’ Ismail Sabri dirujuk ke Lembaga Disiplin UMNO
- Pertemuan Pejuang-PAS, ‘kalau Mukhriz minta kerusi di Kedah saya jammed’ – Sanusi
- Usul tetap penggal Parlimen langkah menafikan kuasa budi bicara Agong
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Viral perarakkan pemuda PAS dengan ‘lembing dan perisai’, Ketua Pemuda PAS cuba menjarakkan diri
Mahathir perjelas kenapa beliau tak serah kuasa kepada Anwar