Budak meninggal dunia di Madinah luah hasrat tak mahu pulang

Budak meninggal dunia di Madinah luah hasrat tak mahu pulang

Permintaan Nur Alesha Ammara Mohamad Amirul, 4, yang tidak mahu pulang ke Malaysia selepas tiba di Mekah menjadi kenyataan apabila kanak-kanak itu menghembuskan nafas terakhir di Madinah, Selasa lalu.

Bapa kanak-kanak itu, Mohamad Amirul Zulkafly, 36, berkata, Nur Alesha yang juga anak keduanya itu berkata demikian ketika mereka sekeluarga tiba di sebuah hotel sebelum mengerjakan umrah pada 5 Februari lalu.



“Terima kasih Mummy, terima kasih Abah belikan Nur Alesha ‘rumah’ baru. Alesha tak nak balik boleh tak?. Itu yang diucapkan anak kepada saya dan isteri, Nur Ashwa Johalim.

“Pada mulanya tak perasan, selepas Nur Alesha dikebumikan baru kami sedar semua ucapan dan kegembiraannya seperti petanda yang dia akan meninggalkan kami.

“Masa di Mekah juga dia ada minta belikan jubah putih dan kami memintanya sabar dan pakai pakaian itu di Madinah kerana perlu dicuci terlebih dahulu,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Mohamad Amirul yang juga seorang guru di Sabah memberitahu, mereka sekeluarga berlepas ke Tanah Suci iaitu pada 4 Mac lalu dan tarikh berkenaan merupakan hari ulang tahun kelahiran Alesha yang keempat.



“Hari dia dikebumikan pula adalah hari yang sepatutnya kami sekeluarga pulang ke Malaysia iaitu pada 15 Februari.

“Apa yang berlaku ni seolah-olah kami ke Tanah Suci bukan saja untuk beribadah, malah untuk ‘hantar’ Nur Alesha bertemu penciptanya juga,” luahnya sebak.

Tambahnya, anaknya seorang yang ramah dan ceria mula berubah sikap menjadi lebih manja apabila tiba di Madinah dan mula mengalami masalah kesihatan selepas itu.

“Sebelum itu arwah sihat dan ceria seperti kebiasaan. Esoknya di Madinah lepas ziarah Masjid Nabawi kami ke perkuburan Jannatul Baqi’, bersebelahan masjid tersebut.



“Ketika itulah Nur Alesha berubah sikap menjadi manja, tak mahu jalan sendiri dan minta saya dukung.

“Sampai hotel dia mula demam dan kami bagi ubat tetapi malam dia mula menggigil dan hampir sawan sebelum kami menghantarnya ke hospital,” kongsinya.

Mohamad Amirul menyifatkan arwah anaknya sangat bertuah kerana urusan sepanjang rawatan di hospital dipermudahkan, malah turut berpeluang dikebumikan di Jannatul Baqi’.

“Syukur urusan kami dipermudahkan sepanjang di hospital walaupun Nur Alesha disahkan tidak dapat diselamatkan pada hari ketiga dirawat akibat jangkitan kuman di bahagian otak, sehingga selesai pengebumiannya,” ujarnya.



Dari Madinah, Mohamad Amirul memilih untuk pulang ke kampung halamannya di Perlis terlebih dahulu bagi menenangkan perasaan mereka sekeluarga sebelum pulang ke Sabah.

“Ingatkan boleh elak seketika rasa kehilangan ni, tetapi balik Perlis rupanya banyak juga barang arwah di sini.

“Rindu tak berpenghujung, arwah ada di mana-mana. Kini, rindu ke Madinah bukan saja untuk ziarah Rasulullah malah arwah anak saya juga. Begitulah tingginya ‘nilai’ Madinah untuk saya sekarang.

“Mak ayah, layan amanah (anak) Allah dengan baik dan sama rata. Jangan bezakan sebab kalau Allah ambil mereka, baru kita sedar betapa ‘mahal’nya mereka ni,” akhirnya. K Online



Budak meninggal dunia di Madinah luah hasrat tak mahu pulang

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Viral perarakkan pemuda PAS dengan ‘lembing dan perisai’, Ketua Pemuda PAS cuba menjarakkan diri



Tergamak sungguh buang Quran dalam longkang

Mahathir perjelas kenapa beliau tak serah kuasa kepada Anwar

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker