Mahathir setuju kerjasama dengan Kedah – Sanusi
Mahathir setuju kerjasama dengan Kedah – Sanusi
Kerajaan negeri sudah mendapat persetujuan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk bekerjasama dalam menyelesaikan isu penempatan haram membabitkan golongan Melayu Islam Kedah (MIK) di Bukit Malut, Bukit Malut Langkawi.
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Noor, berkata isu berkenaan sudah berlarutan sekian lama dan ia memerlukan kerjasama Dr Mahathir sebagai individu yang terbabit dengan penempatan MIK di Bukit Malut.
“Dalam pertemuan baru-baru ini, saya minta sokongan beliau (Dr Mahathir) terhadap cadangan kerajaan negeri untuk Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengambil alih sebahagian tanah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) di
Bukit Malut, bagi dijadikan penempatan baharu buat penduduk yang tinggal di penempatan haram.
“Beliau setuju dengan cadangan itu dan sudi beri kerjasama penuh.
“Beliau antara pencetus yang membawa MIK ke situ dan kalau tak tanya Tun Mahathir, tak ada orang dah yang boleh cerita sejarah panjang mengenai Bukit Malut.
“Cuma untuk ambil alih tanah LKIM itu tak bolehlah mahal-mahal kerana rumah yang nak dibina mestilah pada kadar berpatutan agar mampu dibeli golongan berkenaan supaya penempatan haram dapat dihapuskan.
“Disebabkan itu projek MKN, maka tidak sepatutnya kerajaan negeri keluarkan duit untuk bina penempatan baharu. MKN perlu mainkan peranan dengan buat pengambilalihan tanah, minta pemaju buat rumah dan golongan MIK ini boleh beli dengan kadar tak terlalu mahal kerana tanah itu sudah jadi milik MKN,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyempurnakan perasmian Majlis Penyerahan Geran Hak Milik Tanah Bagi Daerah Kota Setar serta Pelancaran ‘Kedah Cashless’ di sini, hari ini.
Sebelum ini, Muhammad Sanusi memuat naik gambar di Facebook pertemuan antara beliau dan bekas Perdana Menteri itu yang berlangsung di Yayasan Kepimpinan Perdana pada 13 Februari lalu.
Mengulas mengenai pertemuan itu, Muhammad Sanusi, berkata pertemuan itu tidak langsung membincangkan hal politik dan banyak membincangkan pembangunan di Kedah termasuk pertanian, industri dan Langkawi.
Ditanya sama ada Dr Mahathir akan bersama Perikatan Nasional (PN) dalam mendepani Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi, Muhammad Sanusi berkata beliau tidak pasti perkara itu.
“Memanglah dalam Facebook saya katakan ada ‘cerita bagus’ dan minta mereka yang mahu dengar ‘cerita’ itu agar menunggu. Tetapi saya bukan maksudkan hal itu. Kalau nak tahu ‘cerita bagus itu kena tunggu dulu lah,” katanya. BH
Mahathir setuju kerjasama dengan Kedah – Sanusi
Baca Artikel Menarik:
- Wakil Shahrizat serah borang tanding Ketua Wanita UMNO
- Telekung Siti Khadijah, beli dulu bayar kemudian
- Kos selenggara kenderaan menteri era Muhyiddin tertinggi
- Jual nasi lemak RM1 pun jadi kesalahan (Video)
- Anak potong payu dara ibu akibat dadah
- Ramai pemimpin UMNO tidak hormat institusi Presiden
- DUN Batang Kali diisytihar kosong, Harumaini pertimbang tindakan undang-undang
- Pencuri seluar dalam ditangkap nyaris telanjang
- Polis kesan suspek kes langgar lari, seret mangsa 40 meter
- Dituduh Parkir Kereta Sesuka Hati, Jawapan YB Zahir Buat Netizen Geli Hati
- Jangan ‘koyak’ Rayer, Siti Mastura
- MP PAS dakwa Menu Rahmah dedah pengguna pada kanser, autisme
- Hafidz Roshdi didakwa curang, isteri luah perasaan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.