Tapak kaki dinosaur gergasi ditemui

Tapak kaki dinosaur gergasi ditemui

Kesan tapak kaki dinosaur yang dipercayai hidup kira-kira 166 juta tahun lalu, ditemukan di Yorkshire, United Kingdom (UK).

Lapor CNN, jejak reptilia gergasi yang memecahkan rekod itu, ditemukan di sepanjang pantai Yorkshire.



Kesan tapak kaki yang berukuran hampir semeter panjang, adalah terbesar seumpamanya ditemukan di daerah Yorkshire.

Dilaporkan, ribuan tapak kaki dinosaur dan fosil ditemukan selama bertahun-tahun di sepanjang pantai Yorkshire.

Namun, bekas tapak kaki dinosaur dari era Jurassic itu ditemukan oleh ahli arkeologi tempatan, Marie Woods ketika sedang berjalan di sepanjang pantai pada April 2021.

“Pada mulanya, saya seolah-olah tidak percaya dengan apa yang saya temukan di kawasan itu sehingga terpaksa melihat semula.



“Saya pernah melihat beberapa jejak yang lebih kecil namun tidak sebesar ini,” katanya dalam kenyataan.

Woods yang juga pengarang bersama kajian fosil dinosaur berkata, dia turut mendapatkan pandangan ahli paleontologi Dr. Dean Lomax mengenai penemuan jejak tersebut di Teluk Burniston, kira-kira lima kilometer (km) di utara Scarborough.

Malah, katanya, sehari sebelum penemuannya, Lomax turut berkongsi gambar tapak kaki dinosaur yang ditemukan di kawasan yang sama pada tahun 2006.

Dilaporkan, kesan tapak kaki dinosaur berjari tiga adalah satu daripada enam yang ditemukan di kawasan tersebut.



Bekas tapak kaki dinosaur yang pertama ditemukan pada tahun 1934.

Sementara itu, pengarang kajian dan ahli geologi, John Hudson berkata, penemuan penting itu menambahkan lagi bukti bahawa reptilia gergasi berkenaan pernah berkeliaran di kawasan tersebut semasa zaman Jurassic.

Penemuan tapak kaki dinosaur gergasi itu disiarkan dalam jurnal Proceedings of the Yorkshire Geological Society. AGENSI

Tapak kaki dinosaur gergasi ditemui



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Meerqeen dah ‘level’ lain



Ini ke penyondol kacau rumah tangga Hafidz Roshdi?

‘Lepas Cerai, Sha Nak Something Different’ – Shila Amzah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker