Pondok polis tu dah tutuplah
Pondok polis tu dah tutuplah
Polis menafikan dakwaan seorang lelaki tidak dibenarkan membuat laporan polis berhubung kes kemalangan hingga tular di media sosial semalam.
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, pada jam9.58 malam itu, satu ciapan dimuatnaik oleh seorang lelaki yang menggunakan laman sosial ‘Twitter’ @ManiamMKM mendakwa terdapat satu kemalangan berlaku di kawasan Bukit Damansara.
Menurutnya, pengadu memaklumkan mangsa tidak dibenarkan membuat laporan di Balai Bukit Damansara dan diminta untuk pergi ke Balai Polis Taman Tun Dr Ismail (TTDI) atau Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD).
“Hasil siasatan awal mendapati, Pondok Polis yang dimaksudkan adalah Pondok Polis Komuniti di Bukit Damansara yang ditutup sejak tahun 2010 dan tidak beroperasi lagi.
“Pondok itu diambil alih Syarikat Kawalan Keselamatan Sri Lara pada tahun 2011,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, ciapan itu satu fitnah dan polis akan membuat satu laporan berkaitan kes itu.
“Kes akan disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 dan Seksyen 500 Kanun Keseksaan.
“Pihak polis meminta kerjasama orang ramai supaya tidak mudah percaya dengan penyebaran maklumat di laman sosial tanpa sumber yang sahih dan tepat daripada polis,” katanya. HM
Pondok polis tu dah tutuplah
Baca Artikel Menarik:
- Rakyat kini label Dewan Rakyat macam zoo
- Tukar nama Jalan Temiang kepada nama pengasas DAP, apa jasa pada negeri?
- Mati selepas selamatkan penalti
- Unit Petronas di Luxembourg dirampas lagi
- Ringgit, Bursa terus goyah
- Muhyiddin lupa pernah minta darurat untuk bertahan lama
- Personaliti TV rebut jawatan exco Wanita Umno
- Lelaki pijak, lompat atas kereta McLaren ditahan
- Isteri mengandungi saman suami sebar HIV selepas curang
- Emma Maembong ‘prank’ suami sampai menitis air mata
- Jangan meroyan Anju, banyak beribadat – Datuk Khazrul
- Hairul tarik diri berlakon filem The Original Gangster, ligamen lutut terputus
- Pathaan pecah panggung, memang puas hati
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Puteri Sarah – Digelar Sengaja Cari Publisiti Murahan Isu Rumahtangga