Nurulhidayah tanding Exco Wanita

Nurulhidayah tanding Exco Wanita

Anak sulung Presiden UMNO, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid menawarkan diri bertanding dua jawatan dalam pemilihan UMNO akan datang.

Nurulhidayah menghantar borang pencalonan beliau untuk bertanding jawatan Exco Wanita UMNO Malaysia dan Ketua Wanita Bahagian Bagan Datuk.



Ditanya sebab beliau bertanding untuk jawatan Exco dan bukan jawatan lebih tinggi, Nurulhidayah berkata, beliau memilih untuk bertanding jawatan exco peringkat kebangsaan kerana sebagai orang baru dalam parti, beliau perlu pandai membawa diri dalam parti.

“Ini bukan parti bapa saya. Bila saya sertai UMNO, saya perlu masuk secara berperingkat, berhemah dan bukan guna pengaruh bapa,” katanya yang ditemui selepas menghantar dokumen pencalonan beliau di sini, hari ini.

Ditanya sebab beliau tidak bertanding di peringkat Puteri sejak awal pembabitan dalam parti, Nurulhidayah berkata, beliau lebih selesa dengan tugas dan peranan Wanita UMNO dalam parti.

“Setiap cabang dalam UMNO ada tugas tersendiri. Puteri bertugas untuk menarik minat orang muda kepada UMNO. Tugas Wanita lebih matang dan peranan Wanita UMNO untuk mengukuhkan lagi parti,” jelasnya.



Mengenai usik-usik yang menyatakan Nurulhidayah bakal menjadi ‘telinga’ bapanya di dalam parti, beliau berkata, Majlis Kerja Tertinggi (MKT) ialah ‘telinga’ presiden dalam parti.

“Saya tidak terlibat dengan MKT. Mungkin selepas abah bersara saya akan pertimbangkan,” katanya.

Sebagai anak sulung Presiden UMNO, Nurulhidayah tidak terlepas daripada tuduhan beliau menyertai parti orang Melayu itu kerana pengaruh bapanya.

“Saya akan buktikan mereka salah. Saya akan bekerja keras untuk parti. (Sebagai usahawan) saya tidak ada projek kerajaan, dan jika terpilih sebagai Exco atau Ketua Wanita Bahagian sekalipun, saya tidak ada gaji dari UMNO,” katanya.



Nurulhidayah berkata, sebagai anak pemimpin parti, beliau menanggap rugi jika tidak turut bersama UMNO.

“Saya tidak akan menjanjikan bulan dan bintang. Saya mahu Wanita UMNO dilihat sebagai wadah perjuangan yang tidak dipandang enteng dan disia-siakan parti,” katanya.

Beliau berkata, tidak ada ahli Wanita UMNO yang melompat parti setakat ini dan Nurulhidayah mahu mengekalkan momentum yang sama sambil memberi semangat baru kepada Pergerakan Wanita UMNO.

Nurulhidayah berkata, beliau mahu menggunakan kepakaran di dalam industri media dan media sosial untuk pembaharuan Wanita dalam parti.



“Saya mahu Wanita UMNO kekal relevan dalam arena politik negara. Wanita UMNO harus mengangkat semangat kerajaan perpaduan dan sentiasa sedia bekerjasama dengan semua parti,” katanya. BH

Nurulhidayah tanding Exco Wanita

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Makin kejam, layan macam anjing kurap – Puteri Balqis

Ms Pui Yi Tawar Biasiswa Sebanyak Rm4.3 Juta



Puteri Sarah – Digelar Sengaja Cari Publisiti Murahan Isu Rumahtangga

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker