Pengemis melaram pakai bulu mata, warna kuku

JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan situasi seorang pemandu kereta yang terkejut apabila disapa oleh pengemis wanita yang bersolek dengan memakai bulu mata palsu serta pewarna kuku, lapor program berita Liputan6.

Video tersebut dimuat naik di akaun TikTok @lisadewiwod. Kejadian itu dikatakan berlaku di Pulau Dewata, Bali.

Berdasarkan video tersebut, kelihatan seorang wanita mengemis di jalanan sambil mendukung anak kecil.



Wanita yang memakai ‘hoodie’ itu dilihat menghulurkan tangan ketika menghampiri sebuah kereta.

Pemandu kereta itu terkejut selepas menurunkan cermin tingkap apabila dia mendapati pengemis wanita berkenaan memakai bulu mata palsu dan mewarna kuku.

Video tersebut mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Nak derma 1,000 rupiah (RM0.29) tidak yakin, takut dipulangkan semula,” komen seorang netizen.



“Saya mahu menderma tetapi berfikir dua kali, saya tidak pernah menggunakan bulu mata dan mewarna kuku,” tulis netizen lain. – Agensi

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pelajar IPT dicekup ‘bergesel paha’ di tepi pantai

Mahathir sudah lakukan yang terbaik – Anwar



Johari dedah punca pertumbuhan ekonomi 8.7% tahun lepas



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker