Tiga penerbitan memudaratkan moral dikenakan perintah larangan
PUTRAJAYA – Kementerian Dalam Negeri (KDN) memaklumkan telah mewartakan Perintah Larangan terhadap tiga buah penerbitan susulan kandungannya yang dikesan mempunyai unsur memudaratkan kemoralan dalam kalangan masyarakat.
Kementerian tersebut dalam kenyataan berkata, tiga penerbitan tersebut adalah ‘The Tale of Steven’ (Warta Kerajaan P.U.(A) 24 bertarikh 20 Januari 2023), ‘Jacob’s Room To Choose’ (Warta Kerajaan P.U.(A) 25 bertarikh 20 Januari 2023) dan ‘Aku’ (Warta Kerajaan P.U.(A) 26 bertarikh 20 Januari 2023).
“‘The Tale of Steven’ dan ‘Jacob’s Room To Choose’ didapati mempromosikan gaya hidup
lesbian, gay, bisexual, and transgender (LGBT) dilihat sebagai satu bentuk ancaman terhadap nilai murni yang diajar agama dan didukung masyarakat Timur selama ini.
“Manakala kandungan penerbitan bertajuk ‘Aku’ didapati secara jelas mempunyai kandungan berunsur lucah dan tidak bermoral yang boleh memberi kesan buruk terhadap akhlak diri serta bertentangan dengan nilai-nilai kesopanan masyarakat Malaysia,” katanya hari ini.
Menurut KDN, Warta Perintah Larangan itu adalah selaras dengan peruntukan di bawah Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Pindaan 2012) yang menetapkan pencetakan, pengimportan, penghasilan, penghasilan semula, penerbitan, penjualan, pengeluaran, pengelilingan, pengedaran, atau pemilikan hasil penerbitan ini adalah dilarang secara mutlak di Malaysia.
Ujarnya, kerajaan komited mencegah penyebaran unsur-unsur yang memudaratkan kemoralan dalam kalangan masyarakat kerana ia secara tidak langsung boleh menyumbang ke arah keruntuhan bangsa dan Negara.
“Dalam hal ini, ketiga-tiga penerbitan tersebut dikenakan Perintah Larangan kerana terdapat kandungan yang mungkin memudaratkan kemoralan,” jelasnya.
Tambah kenyataan itu, mana-mana individu yang mencetak, mengimport, menghasilkan, menghasilkan semula, menerbit, menjual, mengeluar, mengeliling, menawarkan untuk menjual,
mengedar atau ada dalam milikannya bagi apa-apa jua maksud seperti itu apa-apa hasil penerbitan larangan adalah melakukan suatu kesalahan.
“Jika disabitkan bersalah, pelaku boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau kedua-duanya.
“Sekiranya masyarakat awam mendapati penerbitan di atas atau mana-mana penerbitan yang dikhuatiri melanggar undang-undang negara masih diedarkan di pasaran, aduan boleh dibuat kepada Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan, KDN,” tegasnya.
Aduan berkenaan boleh dibuat menerusi talian 03-88868047 atau faks 03-88891682 atau melalui Sistem Pengaduan Awam Bersepadu KDN di laman web http://moha.spab.gov.my
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Bekas peninju negara dipenjara 5 tahun kerana terlibat dalam kumpulan jenayah AYT 99
- Rafizi mahu tindakan diambil terhadap Wan Fayhsal
- Zahid tak pernah minta saya gugurkan kes – Anwar
- Kalau YB sabar, ada berita baik dari SPRM – Anwar
- Menangis selepas dicekup khalwat bersama janda Indonesia
- SPRM ambil keterangan bekas menteri berkait ‘Pandora Papers’
- Axia baharu harga bermula RM38,600
- Tak perlu jadi boneka Zahid – Ketua Penerangan UMNO WP
- Saya tak perlu gaji – Nazri Aziz
- Parti dalam kerajaan perpaduan tidak saling bertanding dalam PRN
- Chong Wei bidas jurulatih badminton bangkit isu rasis
- Pekerja valet rempuh 2 Lamborghini milik bilionair
- Suspek amang seksual kerat zakar sendiri guna sabit
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pengunjung taman safari dikejutkan dengan rempuhan Singa yang bergaduh dihadapan kereta [VIDEO]
Dari Subang Jaya dengan aksi kejar-mengejar, akhirnya penyamun diberkas di Klang
You must be logged in to post a comment.