Jahil jadi punca belia Islam sambut Hari Kekasih
Jahil jadi punca belia Islam sambut Hari Kekasih
Kejahilan antara salah satu faktor belia Islam meraikan Hari Kekasih atau Valentine Day yang disambut pada setiap 14 Februari.
Mufti Sabah, Datuk Bungsu @ Aziz Jaafar berkata, belia Melayu menyambut Hari Kekasih kerana tidak memahami hukum agama.
Katanya, faktor kedua adalah kerana mengamalkan hedonisme iaitu fahaman yang meletakkan kecenderungan hawa nafsu lebih utama berbanding perkara lain seperti akhlak dan budaya baik.
“Ini diketepikan, hanya semata-mata untuk memenuhi kecenderungan hawa nafsu yang lazimnya membawa kepada perkara bercanggah dengan agama.
“Contohnya kerana cinta, mesti kita lempiaskan cinta itu dengan acara-acara seperti ‘dating’ dan tidak mustahil juga akan ada yang lebih daripada itu.
“Statistik jabatan agama menunjukkan, tangkapan khalwat lebih banyak pada malam ini. Ia tidak berakhir dengan minum-minum dan makan-makan. Ada klimaksnya,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.
Beliau menambah, faktor ketiga belia Melayu menyambutnya adalah kerana komitmen terhadap agama Islam itu kurang.
“Pada mereka, (Hari Kekasih) ini tidak ada apa-apa,” katanya.
Katanya, selain daripada pengeluaran hukum oleh pejabat mufti dan penguatkuasaan mengenai Hari Kekasih, pendakwah atau pempengaruh perlu lebih aktif memainkan peranan mereka untuk melarang kegiatan ini.
“Untuk menyebarkan larangan perkara ini, implikasinya terhadap akhlak atau moral masyarakat khususnya generasi muda,” katanya. HM
Jahil jadi punca belia Islam sambut Hari Kekasih
Baca Artikel Menarik:
- Bekas peninju negara dipenjara 5 tahun kerana terlibat dalam kumpulan jenayah AYT 99
- Rafizi mahu tindakan diambil terhadap Wan Fayhsal
- Zahid tak pernah minta saya gugurkan kes – Anwar
- Kalau YB sabar, ada berita baik dari SPRM – Anwar
- Menangis selepas dicekup khalwat bersama janda Indonesia
- SPRM ambil keterangan bekas menteri berkait ‘Pandora Papers’
- Axia baharu harga bermula RM38,600
- Tak perlu jadi boneka Zahid – Ketua Penerangan UMNO WP
- Saya tak perlu gaji – Nazri Aziz
- Parti dalam kerajaan perpaduan tidak saling bertanding dalam PRN
- Chong Wei bidas jurulatih badminton bangkit isu rasis
- Pekerja valet rempuh 2 Lamborghini milik bilionair
- Suspek amang seksual kerat zakar sendiri guna sabit
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pengunjung taman safari dikejutkan dengan rempuhan Singa yang bergaduh dihadapan kereta [VIDEO]
Dari Subang Jaya dengan aksi kejar-mengejar, akhirnya penyamun diberkas di Klang
Geng Motor Pancung Leher Orang