ChatGPT Lulus Peperiksaan Perubatan Paling Sukar Di Dunia

ChatGPT Lulus Peperiksaan Perubatan Paling Sukar Di Dunia

Sistem kecerdasan buatan ChatGPT dilaporkan telah berjaya merangka karangan dan menjawab soalan-soalan yang ditanyakan dalam sebuah peperiksaan perubatan yang paling sukar di Amerika Syarikat di United States Medical License Exam (USMLE).

Menerusi jurnal perubatan PLOS Digital Health, ChatGPT berjaya meraih markah lulus atau hampir lulus dan menandakan tahap kematangan AI yang semakin tinggi. Ini menunjukkan bahawa ChatGPT mungkin boleh dimanfaatkan untuk pendidikan perubatan dan membuat keputusan rawatan yang penting pada masa kelak.

Untuk makluman, peperiksaan tersebut adalah satu kewajipan untu para pelajar perubatan yang ingin mendapatkan lesen perubatan. Ini terdiri daripada tiga bahagian yang merangkumi pelbagai aspek seperti sains asas, penilaian diagnostik, pengurusan perubatan, farmakologi dan etika biologi.

ChatGPT berjaya meraih markah di antara 52.4% dan 75% untuk ketiga-tiga bahagian. Markah yang diperlukan untuk lulus adalah 60%. Menariknya, ChatGPT berjaya menewaskan sebuah lagi model AI iaitu PudMedGPT yang dibangunkan khas untuk pengetahuan biomedik yang mana hanya beroleh markah 50.8% sahaja.

USMLE terkenal dalam kalangan pelajar kerana kesukarannya yang sangat tinggi. Sebelum ini, ChatGPT juga dilaporkan telah berjaya lulus dalam sesebuah peperiksaan guaman. Malah, Bill Gates sendiri berpendapat ChatGPT bakal mengubah dunia. Vc

ChatGPT Lulus Peperiksaan Perubatan Paling Sukar Di Dunia

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Senarai pemenang AJL37, Terus Hidup dinobat sebagai juara

Jahat atau tak, tunggu saja – Anwar

Isteri naik hantu, ganyang skandal suami tepi jalan raya [VIDEO]

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker