Jumpa mayat bayi perempuan tepi masjid

Mayat seorang bayi perempuan ditemui di pekarangan Masjid Kariah Kampung Sri Jemapoh, Juasseh, di sini, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani berkata, kira-kira pukul 4.35 petang, Bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) menerima makluman daripada seorang lelaki yang telah menjumpai mayat bayi tersebut.

Menurutnya, berdasarkan siasatan, pihaknya percaya bayi perempuan tersebut baharu dilahirkan dalam tempoh 24 jam.

“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan dan siasatan terperinci sedang dilakukan berhubung dengan kes ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ujar Amran lagi, pihaknya memohon mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian tersebut untuk tampil membantu siasatan.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Fizo Omar Vs Mawar

Kartunis Turkiye, Palestin sekolahkan Charlie Hebdo

Kantoi bercium di kelab malam, kekasih pelakon tuntut janji (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker