Lelaki warga emas maut motosikal bertembung MPV

Keadaan motosikal mangsa selepas terlibat kemalangan maut di simpang empat kawasan perumahan Taman Patani Jaya di Sungai Petani petang tadi.

SUNGAI PETANI – Seorang lelaki warga emas maut apabila motosikal ditunggangnya bertembung dengan sebuah MPV di sebuah simpang empat di kawasan perumahan Taman Patani Jaya (TPJ) di sini petang semalam

Dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang itu, mangsa, Ishak Mat Seman, 69, mengalami kecederaan parah di kepala dan dikejarkan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini.

Mangsa bagaimanapun dilaporkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di wad kecemasan kira-kira pukul 4.23 petang tadi dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, siasatan mendapati kejadian berlaku ketika mangsa sedang dalam perjalanan dari arah Lorong 24 TPJ ke arah Lorong 24 Pekan TPJ.



Menurut beliau, sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Naza Citra yang dipandu seorang lelaki berusia 27 tahun pula sedang bergerak di laluan utama dari arah Lorong 25 TPJ ke arah Hotel Merilton.

“Kemalangan berlaku apabila mangsa yang menunggang motosikal tidak berhenti di simpang empat TPJ dan terus keluar dari simpang tersebut.

“Tindakan mangsa menyebabkan pemandu MPV tidak sempat mengelak lalu berlaku perlanggaran antara bahagian hadapan kiri MPV dengan bahagian hadapan sebelah kanan motosikal,” katanya di sini hari ini.-

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Fizo Omar Vs Mawar



Kartunis Turkiye, Palestin sekolahkan Charlie Hebdo

Kantoi bercium di kelab malam, kekasih pelakon tuntut janji (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker