Dua wanita bukan Islam tersilap masuk Masjid Nabawi

Dua wanita bukan Islam tersilap masuk Masjid Nabawi

MADINAH – Agensi Hal Ehwal Masjid Nabawi di Madinah menyatakan bahawa kemasukan dua wanita bukan Islam di pekarangan tempat suci berkenaan dan memakai pakaian yang tidak sesuai berlaku secara tidak sengaja, lapor portal berita Saudi Gazette semalam.

Penjelasan agensi itu dibuat sebagai tindak balas kepada apa yang tersebar di media sosial mengenai kejadian yang berlaku pada Selasa lalu.

“Wanita-wanita tersebut diberitahu tentang keistimewaan dan kesucian Masjid Nabawi. Mereka menyatakan terima kasih dan penghargaan atas layanan baik yang telah diterima,” kata agensi itu dalam satu kenyataan.

Agensi tersebut juga menekankan keperluan untuk meningkatkan lagi cara dan prosedur kesedaran dan bimbingan, memberi tumpuan kepada kesucian serta keistimewaan tempat suci berkenaan untuk mengelakkan kejadian seperti itu berulang pada masa hadapan.

Dalam pada itu, menurut portal berita ALBawaba, satu klip video menunjukkan kehadiran dua pelancong wanita di pekarangan Masjid Al-Nabawi tanpa memakai abaya atau tudung sekali gus menimbulkan kemarahan pengguna laman sosial di Arab Saudi.

Video itu menunjukkan dua pelancong wanita tersebut telah dihalang oleh seorang anggota keselamatan yang mula bercakap dengan mereka kerana pakaian yang dipakai mereka itu melanggar peraturan. K Online

Dua wanita bukan Islam tersilap masuk Masjid Nabawi

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Fizo Omar Vs Mawar

Kartunis Turkiye, Palestin sekolahkan Charlie Hebdo

Kantoi bercium di kelab malam, kekasih pelakon tuntut janji (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker