Pengasas 99 Speedmart antara pemegang saham besar Alliance Bank

Pengasas 99 Speedmart antara pemegang saham besar Alliance Bank

Pengasas rangkaian runcit 99 Speedmart, Lee Thiam Wah muncul sebagai pemegang saham besar dalam Alliance Bank Malaysia Bhd, dengan 5.076 peratus kepentingan.

Makluman dalam Bursa Malaysia hari ini menunjukkan bahawa syarikat beliau, Global Success Network Sdn Bhd membeli 1.38 juta saham atau 0.0089 peratus kepentingan dalam pasaran terbuka pada Khamis, melonjakkan sahamnya dalam bank itu kepada 5.076 peratus.



Thiam Wah juga adalah pemegang saham terbesar Alliance Bank selepas Vertical Theme Sdn Bhd (29.06 peratus) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak 10.5 peratus.

Beliau mula berniaga dengan menjual makanan ringan di tepi jalan, sehingga berjaya mengumpul wang simpanan sebanyak RM17,000 pada usia 23 tahun.

Wang simpanan itu digunakannya untuk membuka sebuah kedai runcit yang bernama Pasar Raya Hiap Hoe, sekali gus menjadi permulaan kerjaya beliau di dalam industri peruncitan.

Thiam Wah menjual Pasar Raya Hiap Hoe dengan harga RM38,000 pada tahun 1992.



Beliau kemudiannya menubuhkan pasar mini 99 di Klang Utama, langkah pertamanya merealisasikan visi untuk membina sebuah rangkaian pasar raya yang bersepadu.

Apabila populariti pasar mini 99 semakin meningkat, Thiam Wah kemudiannya menjenamakan semula pasar mini 99 kepada 99 Speedmart pada tahun 2000.

Dagangan saham Alliance Bank hari ini ditutup meningkat satu sen atau 0.29 peratus pada RM3.48, memberikannya permodalan pasaran sebanyak RM5.39 bilion. BH

Pengasas 99 Speedmart antara pemegang saham besar Alliance Bank



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Fizo Omar Vs Mawar



Kartunis Turkiye, Palestin sekolahkan Charlie Hebdo

Kantoi bercium di kelab malam, kekasih pelakon tuntut janji (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker